Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang anggota Exco kerajaan negeri Johor bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan penyelewengan hartanah di Johor Bahru.
Penahanan berkenaan disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata Exco berkenaan ditahan pada 11 pagi di pejabat SPRM Johor selepas memberi keterangan kes berkenaan.
"Dia ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan dan disiasat berkaitan pengubahan wang haram," katanya.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM dan Seksyen 4 Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Pada 24 Feb lepas, SPRM menahan enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas seorang penjawat awam negeri, selepas dipercayai terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri berkenaan.
Pada 28 Feb pula, SPRM menahan seorang lagi kontraktor lelaki dipercayai suspek ketujuh dalam kes berkenaan.
Berikutan itu, Exco terbabit memohon cuti daripada tugas rasmi kerajaan negeri, bermula 1 Mac sehingga siasatan berhubung skandal rasuah dan penyelewengan hartanah itu selesai.
Tiga daripada tujuh individu, iaitu dua pemaju dan seorang kontraktor, dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 3 dan 7 Mac lalu, sementara empat yang lain dibebaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2017

Exco berkenaan ditahan pada 11 pagi di pejabat SPRM Johor selepas memberi keterangan kes berkenaan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

SPRM tahan Exco Johor bantu siasatan skandal hartanah
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata Exco berkenaan ditahan pada 11 pagi di pejabat SPRM Johor selepas memberi keterangan kes berkenaan.

Skandal hartanah Johor: Empat individu dibebas dengan jaminan SPRM hari ini
Empat lelaki yang sebelum ini ditahan berhubung skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.