Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pengurus besar dari sebuah agensi kerajaan hari ini kerana dipercayai telah menyalahgunakan kedudukannya untuk memberikan lebih 50 projek bernilai hampir RM1 juta kepada dua syarikat milik isterinya.
Suspek berusia 62 tahun itu ditangkap menerusi satu operasi yang dilancarkan SPRM pada jam 11 pagi hari ini.
Menurut sumber, kedua-dua syarikat milik isterinya itu masing-masing ditubuhkan pada 2010 dan 2015.
Jelas sumber, suspek yang ditangkap di pejabat beliau pada jam 11 pagi tersebut didapati telah menyalahgunakan kedudukannya sejak memegang jawatan sebagai Timbalan Pengurus Besar di agensi kerajaan berkenaan dari tahun 2014 hingga 2016, sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar pada September tahun lalu.
Menurut sumber lagi, suspek juga dipercayai telah terlibat secara langsung dalam proses perolehan pembekalan sebutharga berdasarkan tatacara perolehan yang ditetapkan oleh agensi tersebut dan juga pegawai yang bertanggungjawab meluluskan pembayaran kepada syarikat milik isterinya.
Turut ditangkap dalam operasi tersebut ialah isterinya yang berusia 38 tahun.
SPRM telah menggeledah pejabat dan rumah Pengurus Besar berkenaan. Turut digeledah, adalah rumah dan pejabat syarikat milik isterinya yang terletak di Kuala Lumpur.
Tambah sumber, SPRM telah merampas beberapa dokumen-dokumen yang melibatkan pemberian kerja-kerja kepada syarikat isteri beliau untuk tujuan siasatan.
Pengarah Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya untuk permohonan perintah reman esok.
Hakim Rahman
Wed Feb 15 2017

Suspek berusia 62 tahun itu ditangkap menerusi satu operasi yang dilancarkan SPRM pada jam 11 pagi hari ini. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

SPRM tahan pengurus besar agensi kerajaan bantu siasatan kes salah guna kuasa
SPRM telah menahan seorang pengurus besar dari sebuah agensi kerajaan hari ini kerana dipercayai telah menyalahgunakan kedudukannya.