Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang setiausaha politik kepada seorang menteri di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di Putrajaya hari ini.
Lelaki berusia 61 tahun yang bergelar "Datuk" itu ditahan kira -kira jam 12.30 tengahari tadi bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang peruntukan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bernilai hampir RM40 juta.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, penahanan lelaki itu dibuat susulan penahanan empat individu sebelum ini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penyelewengan terbabit.
Dzulkifli berkata penahanan itu buat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM dan beliau akan dibawa ke Mahkamah di Putrajaya esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.
"Hari ini SPRM telah membuat satu tangkapan baharu, terhadap seorang setiausaha politik sebuah kementerian terlibat dalam kes melibatkan PTPK yang sebelum ini kita telah tangkap seramai empat orang dan buat tangkapan sebelum ini.
"Mereka telah direman dan dilepaskan dengan jaminan, ini adalah tangkapan kelima, yang kita tahan pada jam 12.30 tenghari satu kementerian, esok kita akan memfailkan reman bagi tujuan siasatan lanjut," katanya selepas Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, di sini hari ini.
Menurut Dzulkifli, difahamkan, lelaki itu telah berkhidmat sebagai pembantu menteri di kementerian itu sejak 1 Jun 2013.
Sementara itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai akan ditahan berhubung kes tersebut.
Difahamkan penahanan individu kelima itu berkaitan dengan penangkapan empat individu sebelum ini termasuk seorang 'Datuk' berusia 58 tahun, seorang setiausaha korporat, 34, seorang pembantu kewangan, 32 dan seorang pengarah syarikat, 38.
Dana berkenaan dikatakan bertujuan untuk disalurkan kepada sebuah syarikat yang terlibat dalam program latihan kemahiran.
Astro Awani
Wed Sep 27 2017

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, penahanan lelaki itu dibuat susulan penahanan empat individu sebelum ini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penyelewengan terbabit. - Gambar hiasan

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.

Menteri ada bidang kuasa lantik, tamat perkhidmatan Ketua Pengarah Tourism - KSN
Mohd Zuki berkata perkara itu telah dijelaskan dalam Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481).

Fadhlina, Dr Zaliha, Tengku Zafrul ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2023
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bermula hari ini hingga 7 Mac.

Rombakan Kabinet: DAP hargai sikap dan kenyataan Sivakumar
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan Sivakumar tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.

Ketirisan dana awam: Tindakan tegas ke atas pegawai, menteri salah guna kuasa - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau menteri yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan ketirisan dana awam.

Polis buru suspek letak senjata depan rumah Menteri Kehakiman Korea Selatan
Suspek disyaki menggunakan tangga dan laluan yang tidak dapat dilihat oleh CCTV untuk memasuki kawasan rumah menteri itu.

Pesawat terhempas Elmina: Menteri, timbalan menteri, MB zahir takziah kepada keluarga mangsa
Menteri, timbalan menteri dan menteri besar hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat di Elmina.

Tiada menteri Kerajaan Perpaduan menyalahi tata kelola, tadbir urus
"Belum ada kes menteri yang amalkan gelojoh nafsu serakah yang lama untuk menyakau mana-mana kontrak (kerajaan)."

Jemaah B40, M40, T20... ini cara Tabung Haji kenal pasti - Menteri
Bakal jemaah haji dalam kategori B40 dan M40 dikenal pasti melalui senarai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).