Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti laporan berita luar negara yang mendakwa pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) terlibat dalam penipuan pembelian hartanah di Melbourne.
Menurut sumber, pihak SPRM akan meneliti laporan media berkenaan dan akan mengambil tindakan selanjutnya sekiranya terdapat unsur rasuah seperti yang dilaporkan.
"Setelah segala maklumat awal dikumpulkan dan terbukti adanya unsur rasuah, baharulah kita ambil tindakan mengikut Akta SPRM," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Selasa.
Akhbar Australia The Age melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.
Akhbar itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya" terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandaraya itu pada 2013.
Ketiga-tiga pegawai itu didakwa "membida lebih tinggi" bagi bangunan itu dikenali 'Dudley International House", daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.
BACA: MARA bakal jawab dakwaan tipu beli hartanah pada Selasa
Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh MARA yang menyediakan biasiswa bagi pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.
Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar MARA di Monash University.
Bernama
Tue Jun 23 2015

Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh Mara yang menyediakan biasiswa bagi pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Isu Mara Inc: Individu yang sudah disiasat kini 'in hot soup' - Azam Baki
-Mereka yang makan cili, dia yang terasa pedas" kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki.

Jangan lengahkan siasatan MARA dengan birokrasi - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa mahu siasatan audit berhubung skandal pembelian hartanah di luar negara oleh sebuah anak syarikat MARA, Mara Inc dilakukan segera tanpa birokrasi.

'Keep the change' memang budaya kita' - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang pembelian Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) yang membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli pangsapuri di Melbourne, Australia.

SPRM teliti laporan dakwa pegawai MARA terlibat penipuan di Melbourne
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan meneliti laporan berita luar negara yang mendakwa pegawai kanan MARA terlibat dalam penipuan pembelian hartanah di Melbourne.