Status pendaftaran bot jenis Catamaran, yang karam ketika membawa 31 orang termasuk 28 pelancong warga China dari jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum semalam, akan diperiksa sama ada untuk tujuan pelancongan di Sabah atau di tempat lain.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Pang Yuk Ming berkata kerajaan negeri menetapkan peraturan bahawa bot itu hanya boleh membawa maksimum 12 orang termasuk kru dan tekong bagi tujuan pelancongan.
"Bot jenis Catamaran itu mempunyai kapasiti melebihi 30 penumpang. Bagaimanapun, di Sabah, kerajaan negeri mengehadkan jumlah penumpang yang dibawa dengan bot itu untuk tujuan pelancongan," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya akan memeriksa status pendaftaran bot itu sama ada didaftarkan di Sabah atau di tempat lain, yang mungkin membenarkan bot berkenaan membawa melebihi 30 penumpang.
Dalam pada itu, katanya, Jeti Tanjung Aru sebenarnya bukan jeti yang biasa digunakan untuk melepaskan bot pelancongan ke pulau-pulau peranginan di pantai barat Sabah.
Pang menjelaskan jeti yang biasa digunakan bagi tujuan pelancongan iaitu Jeti Jesselton Point mungkin mengalami trafik penumpang tinggi kerana cuti umum sempena Tahun Baharu Cina sehingga pengusaha bot terbabit memilih melepaskan bot di Jeti Tanjung Aru.
Sementara itu, Konsul Jeneral China di Sabah Chen Peijie berkata pimpinan republik China mengambil perhatian serius terhadap insiden itu yang mendapat liputan meluas di negaranya.
Beliau berkata anggota keluarga mangsa di China boleh menghubungi Kementerian Luar Negara China di talian 12308 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai anggota keluarga yang berada di luar negara itu.
Bot Catamaran itu, yang membawa 31 orang termasuk 28 pelancong warga China, karam ketika dalam perjalanan dari jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum kira-kira 56 km barat laut dari Kota Kinabalu semalam.
Menurut APMM, bot Catamaran itu meninggalkan jeti pada 9 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2017
Status pendaftaran bot jenis Catamaran, yang karam ketika membawa 31 orang termasuk 28 pelancong warga China akan diperiksa. - fotoBERNAMA
AWANI Ringkas 20 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 Januari 2025
1️⃣ Pesanan kepada rakyat Malaysia di luar negara
2️⃣ ADUN Sungai Sibuga meninggal dunia
3️⃣ Pasca gencatan senjata Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Pesanan kepada rakyat Malaysia di luar negara
2️⃣ ADUN Sungai Sibuga meninggal dunia
3️⃣ Pasca gencatan senjata Gaza
#awaniringkas
BioProtein Powder juara INNOVATHON 2, raih RM100,000
Inovasi yang dihasilkan oleh Prof Dr Azizi Ayob memperkenalkan teknologi baharu untuk menukarkan bioprotein cair kepada bentuk serbuk.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.38 mata kepada 1,566.34 daripada 1,566.72 pada Jumaat lepas.
Rakaman Dron Tunjuk Pembebasan Tebusan Israel di Gaza
Rakaman dron menunjukkan sekumpulan orang awam dan pejuang Hamas mengelilingi kenderaan Palang Merah yang membawa tiga tebusan Israel semasa pembebasan mereka pada Ahad di Bandar Gaza. #AWANInews
China umum pelan bina 'negara pendidikan kukuh' menjelang 2035
China berhasrat untuk mewujudkan sistem pendidikan berkualiti tinggi dengan tahap aksesibiliti dan kualiti "antara yang terbaik di dunia."
AWANI Ringkas: Pesanan kepada rakyat Malaysia di luar negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi: Kesan pengharaman Tiktok, Perspektif pelajar Malaysia di Amerika Syarikat
Diskusi 8.30 pagi Isnin bersama pelajar Malaysia di Community College of Philadelphia, Siti Salwah Mohd Salleh membincangkan mengenai kesan penutupan sementara TikTok ke atas ekonomi, identiti budaya, hubungan komuniti. Perbincangan turut menjurus kepada apa bentuk sokongan yang ditawarkan oleh kerajaan dalam menangani hal ini.
TikTok kembali beroperasi selepas Trump mahu pengguna saksikan pelantikannya
TikTok kembali beroperasi di AS selepas Donald Trump berkata bahawa pengguna "berhak untuk menyaksikan pelantikannya sebagai Presiden AS bagi penggal kedua.
INNOVATHON 2: BioProtein juara, Raih RM100,000
Berjaya membawa pulang, RM100,000 BioProtein Powder, hasil inovasi Prof Dr. Azizi Ayob dinobatkan sebagai Juara Musim Kedua Innovathon.