Stok makanan halal dan sayuran bagi sembilan lagi rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara difahamkan semakin berkurangan dan hanya boleh bertahan untuk kurang dari seminggu sahaja.
Menurut sumber dari kenalan rakyat Malaysia di Korea Utara, semua yang terlibat juga dinasihat untuk tidak meninggalkan rumah dan berada dalam kawasan masing-masing atas dasar keselamatan.
"Stok makanan masih ada tetapi yang halal dan sayuran terlalu sedikit dan mampu bertahan kurang dari satu minggu. Bantuan dari komuniti diplomatik digunakan untuk membeli bahan makanan kerana semua dinasihatkan tidak keluar rumah selain pasar basah pula terletak di luar Pyongyang.
"Beberapa pegawai kedutaan lain di Pyongyang juga ada menghubungi mereka untuk melihat bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada rakyat kita di sana," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Saya tahu anak saya di Pyongyang dalam ketakutan - Ibu Iza
BACA: TPM yakin Korea Utara akan bertindak rasional
Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memberi jaminan untuk melakukan segala yang terdaya dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara.
Tegasnya, fokus utama ialah memastikan mereka pulang ke tanah air dengan selamat.
Dua daripada 11 rakyat Malaysia yang ditahan daripada meninggalkan Korea Utara dilaporkan sudah dibenarkan meninggalkan negara berkenaan.
Menurut laman Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua rakyat Malaysia itu adalah Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy.
Mereka merupakan dua kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bertugas di bawah Program Makanan Sedunia (WFP).
Lim dan Muniandy dilaporkan bakal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira jam 10.20 malam ini dari Beijing.
Pada Khamis, Maznah Adnan, ibu kepada seorang daripada rakyat Malaysia di Korea Utara memberitahu anaknya berada dalam keadaan ketakutan biarpun difahamkan mereka sekeluarga selamat di sana.
Maznah merupakan ibu kepada Iza Karmila Ramli, iaitu isteri penasihat kedutaan di Kedutaan Malaysia di Pyongyang, Mohd Nor Azrin Md Zain yang masih berada di Korea Utara bersama tiga lagi anak mereka selepas tidak dibenarkan meninggalkan negara itu sejak 7 Mac lalu.
Tiga anak Iza Karmila dan Mohd Nor Azrin yang berasal dari Perlis adalah Annur Zulaikha, Aynur Zhafirah serta Ayscha Zinnirah.
Sebelum ini Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Wisma Putra memberi jaminan bahawa usaha membawa pulang 11 rakyat Malaysia yang dihalang meninggalkan Korea Utara diberi keutamaan tertinggi oleh kerajaan.
Tegasnya, pihaknya sedang giat berusaha memastikan kesemua mereka dapat pulang ke tanah air dengan selamat.
Wan Syamsul Amly
Thu Mar 09 2017
![Stok makanan halal rakyat Malaysia di Korea Utara terbatas, bertahan kurang seminggu Stok makanan halal rakyat Malaysia di Korea Utara terbatas, bertahan kurang seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81488869438_KangChol.jpg)
Stok makanan halal dan sayuran bagi sembilan lagi rakyat Malaysia di Korea Utara difahamkan semakin berkurangan. - Gambar fail
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tiada DNA babi dalam sampel 'sandwich ham & cheese' - Armizan Tiada DNA babi dalam sampel 'sandwich ham & cheese' - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739705148_TBARMIZANBABI.jpg)
Tiada DNA babi dalam sampel 'sandwich ham & cheese' - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai pihak yang berautoriti berkaitan isu berkenaan.
![Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736935767_TBsandwich.jpg)
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
![56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini 56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722249897_tbFuziahSalleh.jpg)
56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
![Kerjasama pembangunan di sempadan Kelantan akan diteruskan – PM Anwar Kerjasama pembangunan di sempadan Kelantan akan diteruskan – PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734323193_AnwarIbrahim.jpg)
Kerjasama pembangunan di sempadan Kelantan akan diteruskan – PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan, hubungan kerjasama baik Malaysia-Thailand akan diteruskan bersama pentadbiran baharu Negara Gajah Putih itu.
![TPM Zahid sasar tingkatkan hubungan Malaysia-Filipina melalui industri TVET dan Halal TPM Zahid sasar tingkatkan hubungan Malaysia-Filipina melalui industri TVET dan Halal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729056387_AhmadZahidTESDA.jpg)
TPM Zahid sasar tingkatkan hubungan Malaysia-Filipina melalui industri TVET dan Halal
Eksport halal Malaysia ke Filipina meningkat 7.4 peratus pada 2023, menjadikan negara itu destinasi eksport halal Malaysia ke-8 terbesar dunia.
![Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726610296_SaaraniMohamad.jpg)
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
![Malaysia terus terima permohonan kerjasama sektor halal - PM Anwar Malaysia terus terima permohonan kerjasama sektor halal - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726549670_TBMIHAS.jpg)
Malaysia terus terima permohonan kerjasama sektor halal - PM Anwar
Bukan sahaja permintaan keperluan malah Malaysia terus menerima permohonan kerjasama dalam hal pensijilan perdagangan sektor halal.
![Status halal tidak lagi sekadar merujuk tiada babi, alkohol - PM Anwar Status halal tidak lagi sekadar merujuk tiada babi, alkohol - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726549123_tbAnwarIbrahimMIH.jpg)
Status halal tidak lagi sekadar merujuk tiada babi, alkohol - PM Anwar
Status halal kini tidak lagi sekadar merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak mengandungi babi atau alkohol.
![Sijil halal: Keputusan kajian tertakluk pada Majlis Raja-Raja - Ahmad Zahid Sijil halal: Keputusan kajian tertakluk pada Majlis Raja-Raja - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726115239_AhmadZahidHamidi.jpg)
Sijil halal: Keputusan kajian tertakluk pada Majlis Raja-Raja - Ahmad Zahid
Tegasnya, isu berkenaan tidak wajar dijadikan polemik kerana ia masih di peringkat kajian dan belum menjadi dasar yang tetap.
![Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720002541_halaljakim.jpg)
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.