Seorang pengurus restoran makanan segera yang gambarnya tular di media sosial kerana menggunakan pas barisan hadapan milik isterinya untuk melepasi sekatan jalan raya (SJR) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuat kuasa, didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shukri Salim, 34, selepas dia mengaku bersalah bergerak dari Jalan Pasar, Bukit Mertajam, Pulau Pinang menuju ke Domino’s Pizza Medan Putra, Alor Setar, Kedah pada 11.30 pagi, 16 April lepas, sewaktu PKP fasa ketiga.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.
Kesalahan itu didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatin Mohamad Farid memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh mengambil kira perbuatannya dilihat dengan sengaja melanggar PKP.
“Ketika majoriti rakyat Malaysia yang lain masih patuh untuk duduk di rumah, tindakan OKT ini dianggap ingin menggagalkan usaha kerajaan dalam memutuskan rantaian COVID-19,” katanya.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan memohon mahkamah mengenakan hukuman denda ringan atas alasan tertuduh telah memberikan kerjasama sewaktu siasatan dan hadir ke mahkamah hari ini dari Pulau Pinang.
“Anak guam saya telah insaf dan memohon maaf atas perbuatannya,” katanya.
Difahamkan, kes itu tular kerana tertuduh membuat status dalam laman Facebooknya bahawa dia telah melepasi sekatan jalan raya kerana menggunakan pas barisan hadapan milik isterinya dan statusnya itu dibaca oleh seorang pegawai polis yang kemudiannya membuat laporan polis di sini.
Oleh sebab itu, tertuduh didakwa di mahkamah di sini.
- BERNAMA
Bernama
Tue May 05 2020
Seorang pengurus restoran makanan segera yang menggunakan pas barisan hadapan milik isterinya didenda RM1,000. - Gambar fail
PM Itali nyata solidariti, tidak boleh sifatkan bukan kes terpencil
Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, menyatakan solidariti kepada Jerman susulan insiden seorang pemandu yang merempuh kumpulan besar pengunjung di sebuah pasar Krismas di bandar Magdeburg, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang maut.
Ribuan rakyat Korea Selatan desak Suk Yeol dihukum
Puluh ribu rakyat Korea Selatan berarak di tengah bandar Seoul pada Sabtu bagi mendesak Presiden Yoon Suk Yeol dihukum.
Ia kerana tindakan Suk Yeol yang mengisytihar undang-undang tentera bercanggah dengan perjuangan demokrasi abad ke-21.
Ia kerana tindakan Suk Yeol yang mengisytihar undang-undang tentera bercanggah dengan perjuangan demokrasi abad ke-21.
Malaysia akan teruskan kesinambungan dengan era Trump - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah memulakan libat urus awal dengan pasukan Trump untuk memastikan kesinambungan hubungan dua hala yang erat dengan AS, rakan dagang dan pelaburan utama negara.
Jerebu menebal, rakyat sengsara, apa tindakan kerajaan?
Bermengah, semput, mata pedih...semakin hari semakin teruk. Begitu rungut penduduk yang tinggal di bandar paling tercemar di dunia, New Delhi. Jerebu bukan semakin pulih, sebaliknya semakin merosot.
Itali denda OpenAI 15 juta euro selepas siasatan ChatGPT
Pihak berkuasa perlindungan data Itali (GPDP) mengenakan denda sebanyak 15 juta euro (RM70.5 juta) terhadap OpenAI berhubung penggunaan data peribadi oleh ChatGPT, namun syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) itu mahu mengemukakan rayuan.
Arab Saudi pernah beri amaran kepada Jerman
Arab Saudi pernah memberi amaran kepada Jerman mengenai lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden di pasar Krismas Magdeburg, menurut sumber keselamatan Arab Saudi. Agensi berita Jerman (dpa) melaporkan Arab Saudi juga telah meminta ekstradisi suspek yang dikenali sebagai Taleb A. di bawah undang-undang Jerman, tetapi Jerman tidak memberi sebarang maklum balas, kata sumber itu.
Lima cedera dalam runtuhan salji di timur Turkiye
Menurut Kementerian Kesihatan, seorang daripada mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.
UM diarah ambil tindakan segera dakwaan dapatan
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengerahkan Universiti Malays untuk mengambil tindakan segera berhubung dakwaan setiap seorang penuntut IPT itu pernah mengalami gangguan seksual.
Pensyarah didakwa lakukan gangguan seksual buat laporan polis
Kementerian Pendidikan Tinggi memaklumkan pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang penuntut di UM sudah membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan.
Langkah interim BNM lebih berisiko jika tiada pelan panjang
Inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan dua langkah interim bagi mengurangkan beban kewangan pemegang polisi insurans dan takaful kesihatan, harus dipuji.
Bagaimanapun, Pengasas Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd Khalib berpendapat, isu ini mungkin menjadi lebih kritikal selepas pelarasan premium secara pengagihan itu berakhir pada penghujung 2026.
Bagaimanapun, Pengasas Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd Khalib berpendapat, isu ini mungkin menjadi lebih kritikal selepas pelarasan premium secara pengagihan itu berakhir pada penghujung 2026.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.