Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Jalan Pasir Mas, Rantau Panjang berhampiran Hospital Pasir Mas awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner ASP Abdullah Mohd Piah yang mengesahkan kejadian berkata kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan motosikal yang dinaiki mangsa.
Dalam kejadian sekitar 6.45 pagi, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Ab Azit, 22, dan isterinya Nur Syafikah Jafar, 22.
"Hasil siasatan awal mendapati kereta berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun dari Rantau Panjang ke Pasir Mas.
"Setibanya di tempat kejadian, kereta berkenaan ingin memotong kenderaaan lain di laluan yang sama.
"Bagaimana pun pemandunya gagal mengawal kenderaan hingga merempuh motosikal yang dinaiki pasangan berkenaan dari arah bertentangan," kata Abdullah dalam satu kenyataan di sini.
Pasangan suami isteri itu maut di tempat kejadian manakala janin berusia 5 bulan dalam kandungan terkeluar akibat impak kemalangan.
Pemandu kereta itu pula cedera parah.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.
Vivi Sumanti
Wed Jul 10 2019
Suami isteri maut manakala janin berusia 5 bulan terkeluar dari kandungan dalam kemalangan di Jalan Pasir Mas pagi tadi. -Foto PDRM
Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.
Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Mangsa Kebakaran Kampung Kurnia Jaya tagih peruntukan bina semula rumah
Mangsa kebakaran besar yang memusnahkan 700 buah rumah di Kg Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas Tawau berharap peruntukan RM10 juta bagi bina kembali kediaman mereka dapat disalurkan segera.
KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya akan menerokai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.
Malaysia pacu inisiatif AI pada kadar paling pantas - PM Anwar
Kecerdasan buatan (AI) mengubah pendidikan, perkhidmatan kesihatan, blok rantai dan Malaysia menggerakkan inisiatif AI pada kadar yang paling pantas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews #WEF25
#AWANInews #WEF25
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah bermula Februari ini
Agihan bulanan berjumlah rm300 akan dilancarkan secara berperingkat dan memanfaatkan sekitar 100,000 penerima dalam kelompok miskin dan miskin tegar.
Sampah punca longkang tersumbat, banjir kilat
Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menegur sikap segelintir pihak yang membuang sampah ke dalam longkang sehingga mengakibatkannya tersumbat sekaligus jadi punca berlakunya banjir kilat sekiranya hujan lebat.
Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.
JKPK ASSP Kagum Kemajuan Sarawak Dalam Teknologi Hidrogen
Pengerusi JKPK ASSP, Datuk Ahmad Amzad Mohamed, menyatakan kekaguman dan keterujaannya melihat perkembangan pesat wilayah ini dalam meneroka potensi teknologi hidrogen, satu bidang yang mana Sarawak kini berada jauh di hadapan.
Ops DUN: Jangan campur tangan siasatan SPRM - Masidi
Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebarang komen berhubung proses siasatan agensi penguatkuasa itu boleh dilihat sebagai satu campur tangan dan ia tidak sepatutnya berlaku.
Suami isteri maut, janin terkeluar dalam nahas di Rantau Panjang
Pasangan suami isteri itu maut di tempat kejadian manakala janin berusia 5 bulan dalam kandungan terkeluar akibat impak kemalangan.