Hajat sepasang suami isteri warga emas untuk bersarapan pagi di sebuah warung kopi tidak kesampaian apabila mereka mati berkecai dipercayai terkena bahan letupan yang dipasang pada motosikal yang ditunggangi mereka di kilometer 3, Jalan Gua Musang-Pulai di Kampung Pulai di sini hari ini.
Kejadian berlaku sekitar pukul 9 pagi menyebabkan mangsa, Cha Mok Liong, 72, dan isterinya Fong Ah Fong, 72, terbunuh di tempat kejadian dengan kesan cebisan daging bertaburan atas jalan raya dan dalam semak sekitar 30 meter dari lokasi kejadian.
Motosikal jenis Demak milik mangsa juga seratus peratus hangus terbakar.
Difahamkan, pihak polis juga telah menangkap seorang suspek lelaki berumur lewat 20-an bagi membantu siasatan yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian letupan dua suami isteri berbangsa Cina itu.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian letupan itu masih dalam siasatan dan dipercayai bahan letupan itu adalah buatan sendiri yang dipasang pada motosikal milik mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah.
“Kita percaya bahan letupan buatan sendiri itu mungkin dipasang pada motosikal sebab mangsa kedua-duanya warga emas. Kita bukan kata bom tetapi bahan letupan yang kita percayai dibuat sendiri, bukan bom,” kata Saiful.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
Muhafandi Muhamad
Wed Oct 07 2015
Kejadian letupan dipercayai berlaku kira-kira jam 8 pagi ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke kedai kopi untuk sarapan pagi. -Foto Astro AWANI/Muhafandi Muhamad
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.