Sepasang suami isteri warganegara Brunei maut manakala anak mereka cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan membabitkan dua lori tiga tan dalam kejadian di Jalan Kimanis, Kampung Lanas, Papar, petang hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pasangan suami isteri itu Danny Chin, 54, dan isterinya Chong Chin Oji, 55, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Manakala anak kepada pasangan berkenaan, Bernie Chin Sun Ron, 17, yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut.
Terdahulu, ketiga-tiga beranak yang menaiki kereta Toyota Vios itu dikatakan dalam perjalanan dari daerah Beaufort menuju ke bandaraya Kota Kinabalu sebelum terlibat kemalangan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Janil Jaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.05 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk bantuan kecemasan.
"Bertindak atas maklumat orang ramai yang membuat panggilan kecemasan itu, sebuah jentera dengan kekuatan seramai tujuh anggota BBP Papar dikerahkan ke lokasi kemalangan.
"Berdasarkan maklumat awal, kemalangan ini membabtkan tiga buah kenderaan iaitu Toyota Vios serta dua lori tiga tan.
"Dua mangsa iaitu pasangan suami isteri yang menaiki kereta Toyota Vios disahkan meninggal dunia akibat tersepit di dalam kenderaan berkenaan, manakala seorang penumpang yang parah sudah dibawa ke Hospital Papar.
"Tiga mangsa dari dua lori yang cedera turut dikejarkan ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan," katanya.
Beliau berkata, dua mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian itu sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ruzaini Zulkepli
Wed Nov 01 2017
Pasangan suami isteri yang menaiki kereta Toyota Vios itu meninggal dunia di lokasi kejadian.
Insiden pelancong cedera akibat tanduk rusa meningkat di Taman Nara, Jepun
Jumlah mangsa yang cedera akibat tanduk rusa jantan di Taman Nara adalah seramai 35 orang pada September, berbanding hanya lima orang pada tahun sebelumnya.
Teknologi, AI bukan sekadar akses - PM Anwar
Kerajaan menyedari cabaran untuk memastikan ekonomi yang sedang berkembang ini kekal berdaya saing, saksama dan mampan.
Jerman, Malaysia perlu lebih usaha tingkat penyertaan wanita dalam sektor awam - Duta
Faktor seperti prasangka, peranan jantina, tradisi jantina dan pemikiran kompetitif terus menghalang penyertaan penuh wanita dalam sektor awam.
Kualiti udara di ibu negara India pada paras 'bahaya'
Menurut Sistem Amaran Awal Kualiti Udara, Indeks Kualiti Udara Delhi pada pagi Khamis mencatatkan bacaan 424, iaitu "merbahaya".
APEC 2024: Anwar ajak komuniti perniagaan Asia Pasifik melabur di Malaysia
Anwar bertukar pandangan dengan komuniti perniagaan dalam kalangan ekonomi APEC dan berkongsi aspirasi Malaysia dengan mereka.
PBB kukuhkan UNIFIL, sokongan pasca gencatan senjata Lubnan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhasrat meningkatkan misi pengamannya di Lubnan untuk menyokong tentera Lubnan dengan lebih baik sebaik sahaja gencatan senjata dipersetujui.
Empat penduduk Gaza maut selepas sekolah dibedil Israel
Empat penduduk Gaza maut dalam sebuah serangan udara Israel yang mengenai sebuah sekolah pada Khamis.
Menurut pegawai Kementerian Kesihatan Palestin yang mengesahkan perkara itu, sekolah tersebut menempatkan keluarga pelarian sekaligus menjadi tempat mereka berlindung dari kekejaman Zionis.
Menurut pegawai Kementerian Kesihatan Palestin yang mengesahkan perkara itu, sekolah tersebut menempatkan keluarga pelarian sekaligus menjadi tempat mereka berlindung dari kekejaman Zionis.
Pemerhati hak asasi manusia tuduh Israel lakukan jenayah perang di Gaza
Pihak berkuasa Israel telah menyebabkan pemindahan paksa penduduk Palestin di Gaza sehingga satu tahap yang merupakan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Lubnan alami rugi AS$ 8.5 bilion disebabkan perang
Bank Dunia berkata konflik berterusan antara Israel dan Hizbullah telah menyebabkan kerosakan dan kerugian 8.5 bilion bilion dolar amerika kepada Lubnan.
PM bertemu wakil Google, bincang isu AI, pusat data
Tumpuan utama perbincangan adalah berkait elemen penting yang akan memainkan peranan besar dalam memperkukuh ekonomi digital negara.
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Agong, Raja Permaisuri berkenan bertemu rakyat Malaysia di Brunei
Kira-kira 300 diaspora Malaysia hadir dalam majlis berkenaan antaranya ahli perniagaan, Persatuan Warganegara Malaysia dan Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia.
Agong tiba di Brunei untuk lawatan negara tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Bandar Seri Begawan bagi memulakan lawatan negara ke Brunei selama tiga hari bermula hari ini.
Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.
Agong, Permaisuri adakan lawatan negara ke Brunei esok
Kunjungan itu merupakan lawatan negara pertama Seri Paduka Baginda ke Brunei sejak menaiki takhta pada 31 Jan 2024.
Tiada isu warga Brunei beli diesel di Sarawak - Armizan
Rakyat negara itu boleh mengisi penuh bahan api itu ke dalam tangki kenderaan mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi melebihi radius 30 kilometer (km) dari sempadan Malaysia-Brunei.
PM Anwar lawat Brunei sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Brunei dari 25 hingga 26 Ogos bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan (ACL) ke-25 antara Malaysia dan Brunei.
Putera Mahkota Brunei tiba untuk lawatan rasmi ke Malaysia
Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah tiba untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 21 Ogos.
Putera Mahkota Brunei adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Putera Mahkota Brunei dan Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 17 hingga 21 Ogos.
SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu
Dua emas itu diperoleh daripada Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi dalam kategori individu yang pada masa sama membantu acara berpasukan.