Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dalam satu istiadat di Istana Negara esok.
Sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, Perlembagaan negara menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong secara undang-undangnya menganggotai tiga institusi kerajaan iaitu badan eksekutif, perundangan dan memainkan peranan berkaitan badan kehakiman.
Menurut Perkara 39 Perlembagaan, kuasa eksekutif terletak hak atau dikuasai sepenuhnya oleh Yang di-Pertuan Agong dengan kuasa ini boleh dilaksana oleh Seri Paduka sendiri, atau jemaah menteri atau mana-mana menteri atau mana-mana orang yang dibenarkan oleh Parlimen.
Budayawan dan pengamal undang-undang Tan Sri Dr Rais Yatim berkata ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Sultan Abdullah akan memperkukuh institusi Yang di-Pertuan Agong serta institusi beraja di negara ini melalui peranan Seri Paduka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata istilah Yang di-Pertuan Agong, yang dinyatakan lebih 450 kali di dalam Perlembagaan, secara langsung menggambarkan peri pentingnya peranan institusi itu dalam pentadbiran negara di samping menjaga kebajikan rakyat melalui perkara-perkara yang melibatkan bidang tugas Seri Paduka.
MENCATAT SEJARAH
Pemilihan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong telah mencatat sejarah dalam amalan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Ini kerana pemilihan Sultan Abdullah diputuskan hanya dalam tempoh kurang seminggu selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan lepas.
Rais berkata Sultan Abdullah berpengalaman luas dengan mempunyai latar belakang pendidikan yang bersifat universal, moden dan praktikal di samping asuhan agama serta persekitaran budaya Melayu.
"Saya yakin Seri Paduka boleh membawa kemajuan dan kegemilangan kepada negara. Seri Paduka juga membuktikan kesetiaan kepada pemerintahan Raja Berperlembagaan di Pahang dan diyakini dapat meneruskan kecemerlangan itu di peringkat Persekutuan," katanya.
Sultan Abdullah, yang diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dekat sini, merupakan cahaya mata keempat dan putera sulung kepada Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.
Sultan Abdullah pernah dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 untuk tempoh lima tahun selepas Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-VII, dan sekali lagi dilantik memangku jawatan itu pada 28 Disember 2016.
PERKUKUH PERLEMBAGAAN
Rais berharap sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah akan mengambil berat beberapa perkara utama dalam Perlembagaan termasuk Perkara 152 dengan memastikan Bahasa Melayu terus dijamin sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu.
"Bagi hal-hal yang melibatkan orang Melayu, Bumiputera, bahasa Kebangsaan termasuk kebudayaan, saya berharap Seri Paduka dapat menekankan kepentingannya...ini kerana, ramai yang tidak ambil berat peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan.
"Perkara 160 (2), orang Melayu itu didefinisi sebagai memeluk agama Islam, bertutur secara lazim dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Oleh kerana definisi Melayu itu terbit daripada tiga komponen berkenaan, saya harap ia akan kembali dijadikan sebagai keutamaan melalui peranan Seri Paduka," katanya.
Beliau turut membangkitkan tentang Perkara 153 yang memberi tanggungjawab kepada Seri Paduka untuk melindungi kedudukan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta hak kaum lain mengikut peruntukan sedia ada.
"Tindakan perlu diambil ke atas isu berkaitan perkara ini agar memberi kesan dan faedah khususnya demi kepentingan orang Melayu, Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak serta hak-hak yang sahih bagi komuniti lain," katanya kepada Bernama.
Rais menjelaskan peranan jelas dan tegas Yang di-Pertuan Agong terhadap tiga perkara itu akan mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat berikutan setiap individu, walaupun berbeza kaum, mengetahui peranan, tanggungjawab serta hak dan had mereka terhadap sesuatu perkara.
"Ia dapat memperkukuh institusi beraja di negara ini melalui peranan yang lebih jelas dan besar yang dipikul oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya.
RAJA BERTAKHTA RAJA DISEMBAH
Pensyarah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata seluruh rakyat perlu menyatakan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara seperti yang dinyatakan dalam Rukun Negara.
Menepati pepatah 'raja bertakhta, raja disembah', beliau berkata adalah menjadi tugas serta tanggungjawab rakyat untuk terus melindungi institusi beraja daripada diperlekeh oleh mana-mana pihak.
"Kedaulatan institusi raja bukan hanya atas dasar ia sebuah institusi yang tinggi dan istimewa kepada Malaysia tetapi dengan kefahaman bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah pelindung kepada agama Islam dan hak istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak selain Seri Paduka juga bertanggungjawab melindungi hak kaum-kaum lain di Malaysia.
"Dalam usaha melindunginya, sebarang bentuk penghinaan dan kritikan tidak munasabah dianggap sebagai cubaan untuk merosakkan institusi itu. Tindakan undang-undang adalah yang paling wajar dikenakan kepada mereka yang terlibat," katanya.
Ditanya bagaimana slogan 'raja dan rakyat berpisah tiada' dapat disemarakkan dalam senario semasa, Nik Ahmad Kamal berkata ia semestinya memerlukan kerjasama semua pihak.
"Slogan yang menggambarkan hubungan akrab antara raja dan rakyat ini telah wujud sejak zaman berzaman. Cuma dalam konteks sekarang, amalan tradisi hubungan antara kedua-duanya telah memasuki fasa yang lebih mencabar kerana generasi hari ini kurang peka mengenai institusi raja dan kepentingannya kepada negara.
"Oleh itu, seluruh masyarakat, kerajaan dan badan bukan kerajaan serta tidak terkecuali institusi beraja sendiri perlu bekerjasama dalam memberi dan memupuk kefahaman mengenai kepentingan institusi ini agar terus dihormati," jelasnya.
Menurutnya selaras peredaran zaman, institusi beraja perlu peka dengan perubahan persepsi yang wujud bagi menjamin hubungan baik antara raja dan rakyat.
"Situasi ini hendaklah berpaksi kepada penanda aras yang lebih realistik iaitu Perlembagaan Persekutuan kerana ia menyediakan panduan jelas bagaimana hubungan raja dan rakyat itu perlu dibawa," katanya.
RUANGAN SISI
Pada 24 Jan lepas, Majlis Raja-Raja sepakat memilih Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019.
Pemilihan itu dibuat susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 pada 6 Jan lepas.
Sistem penggiliran pe-lantikan Yang di-Pertuan Agong adalah berdasar kekananan takhta pemerintahan bermula dengan Nege-ri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak yang berakhir pada 1994.
Konvensyen itu terus dijadikan panduan dalam penggiliran kedua yang menyaksikan enam daripada sembilan Raja-Raja Melayu telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, dan meletakkan nama Sultan Abdullah sebagai calon yang dijangka menaiki takhta tertinggi negara dalam penggiliran kali ini.
Sultan Abdullah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pada 6 Mac 1986.
Seri Paduka berdua dikurniakan empat putera dan lima puteri.
Bernama
Wed Jan 30 2019
DYMM Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bertitah pada Istiadat Pemansyhuran Tengku Ampuan Pahang, Tengku Mahkota Pahang di Istana Abu Bakar. - fotoBERNAMA
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.