Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiusaha Sulit Sultan Pahang Kolonel Nazim Mohd Alim, gelaran itu membawa maksud Sultan Abdullah pembela agama yang dipilih Allah.
Sultan Abdullah dimasyhurkan menjadi Sultan Pahang keenam hari ini hasil keputusan sebulat suara mesyuarat Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang diadakan di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Baginda menggantikan ayahanda baginda yang dilaporkan dalam keadaan gering dan tidak lagi boleh memikul tugas serta tanggungjawab sebagai pemerintah.
BACA: Rakyat Pahang terima Sultan baharu hari ini
BACA: Sultan Pahang sebak ketika sampaikan Titah Diraja
Baginda dipertanggungjawabkan menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 Dis 2016 sehingga 11 Jan lalu setelah Sultan Ahmad Shah gering.
Kali pertama baginda memangku jawatan itu ialah ketika berusia 20 tahun pada 28 April 1979 semasa ayahanda baginda ditabal Yang di-Pertuan Agong pada 1979-1984.