Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan bank sendiri atau “Bank of Johor”.
Ia bagi memudahkan rakyat negeri itu membuat pinjaman perumahan ekoran masih ramai rakyat yang tidak dapat memiliki rumah walaupun kerajaan Negeri dan Persekutuan membina banyak rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah.
“Negeri menubuhkan bank sendiri bagi memudahkan rakyat membuat pinjaman perumahan. Bank, yang dinamakan sebagai 'Bank of Johor', berkenaan turut diharap dapat memberi pembiayaan terhadap projek pembangunan selain membolehkan rakyat membuat simpanan tabungan dan pelaburan,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim di sini, hari ini.
MESTI BACA: 'Saya masih yakin kepimpinan Khaled Nordin' - Sultan Johor
Titahnya baginda lagi, “Bank of Johor” turut diharap dapat memberi pembiayaan terhadap projek pembangunan selain membolehkan rakyat membuat simpanan tabungan dan pelaburan.
"Dengan rizab wang tunai kerajaan negeri yang mencecah RM3 bilion dan pendapatan kerajaan dan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang mencecah RM7.5 bilion setahun, sudah pasti mereka boleh menjadi pemegang saham untuk "Bank of Johor" ini," kata baginda lagi.
Sultan Ibrahim turut menyambut baik kerjasama yang dihulurkan Bank Rakyat kepada Yayasan Sultan Ibrahim untuk menyediakan pembiayaan pembelian rumah bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
Titah baginda urusan pendaftaran permohonan pinjaman ini akan dibuka tidak lama lagi dan pemilihan akan dibuat oleh satu jawatankuasa khas berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan.
23 Mac lalu, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Abdul Aziz Zainal mengumumkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM500 juta.
Ia membolehkan penjawat awam dan swasta yang layak di Johor mengemukakan deposit pembelian serendah satu ringgit bagi tempahan rumah kos rendah dan mampu milik.
Pembiayaan juga dicadang untuk 6,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat memiliki kediaman masing-masing.
Astro Awani
Thu Apr 14 2016

Titahnya baginda lagi, "Bank of Johor" turut diharap dapat memberi pembiayaan terhadap projek pembangunan selain membolehkan rakyat membuat simpanan tabungan dan pelaburan. - Foto Astro AWANI

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Jawatankuasa khas ditubuh bagi perhalusi cadangan penubuhan Bank of Johor - Khaled
Menerusi jawatankuasa itu, kajian mengenai pelaksanaannya akan dilakukan selain mendapatkan nasihat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melantik penasihat kewangan yang pakar.

'Bank of Johor': Tingkatkan juga usaha sediakan bantuan kewangan PKS - SME Corp
Inisiatif seperti cadangan Bank of Johor oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, harus ditingkatkan.

Bank of Johor: TMJ, netizen sambut baik cadangan Sultan Johor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim harap Bank of Johor bantu rakyat dari aspek pinjaman perumahan, simpanan, dan pelaburan.

Sultan Johor cadang tubuh 'Bank of Johor' mudahkan rakyat buat pinjaman perumahan
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menubuhkan bank sendiri atau "Bank of Johor".