Baginda yang berangkat tiba 12 tengah hari tadi disambut oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Azmi Osman.
Baginda yang meluangkan masa hampir setengah jam itu turut diberi penerangan oleh pasukan perubatan IJN berkenaan perkembangan kesihatan Muhammad Adib yang kini kritikal selepas beliau didakwa dibelasah oleh sekumpulan perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya, Selangor temph hari.

Media dimaklumkan, Muhammad Adib merupakan anak jati kelahiran Kuala Kedah serta tunangnya, Nurul Najihah Mohd Radzi berasal dari Mentaloon.