Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah hari ini menzahirkan rasa dukacita atas tindakan sesetengah pemimpin politik dan individu berkepentingan mengambil kesempatan menghangatkan lagi permusuhan sesama Islam menerusi ruang maya.
Malah, titah baginda, ilmuan agama turut tidak terkecuali mengeluarkan fatwa, tuduh-menuduh dan berdebat di alam siber sehingga masyarakat sendiri berbelah bagi.
"Janganlah kerana perbezaan ideologi yang sempit atau kerana kepentingan diri yang lain, isu sensitif seperti kemuliaan agama Islam, kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan kaum, hukum-hakam serta agama Islam diperdebatkan secara tidak beradab di laman sosial sekali gus mengundang tafsiran negatif," titahnya.
Titah ucapan baginda dibacakan Raja Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah sempena perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima yang ke-13 di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Titah baginda, pada ketika ini pelbagai maklumat boleh diperoleh dengan bebas tanpa ada satu sistem tapisan yang boleh membezakan antara yang hak dan batil.
Malah penggunaan telefon dan gajet sudah menjadi satu budaya hidup, menyaksikan lebih 17 juta penduduk di negara ini mempunyai akses kepada ruang maya dengan separuh daripadanya mempunyai akaun Facebook, titah baginda.
"Natijahnya, fitnah dan cerita palsu menjadi tular dan dijaja serata tempat, senario ini menjadi virus yang memporakperandakan dan mengelirukan rakyat, memecahbelahkan dan mengucar-ngacirkan ukhuwah yang selama ini terjalin indah," titah Sultan Abdul Halim.
Dalam pada itu, baginda melahirkan rasa bangga apabila Kedah menjadi antara negeri dan pelopor awal dalam usaha memartabatkan keunggulan pendidikan, terutama pendidikan Islam.
"Hal ini dapat dibuktikan menerusi sistem pengajian pondok di mana sistem pondok kini telah dibuat penambahbaikan dan kesannya kini kita sudah memiliki Maahad Tahfiz Sains di Kulim," titahnya
Sultan Kedah turut memuji kepimpinan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dilihat baginda konsisten dalam melakar dasar prorakyat, misalnya melalui program Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) yang memanfaatkan lebih 100,000 rakyat Kedah sejak diperkenalkan pada April 2016.
"Beta juga amat tertarik dengan daya usaha memanda Menteri Besar yang menjadikan usaha gilapan modal insan sebagai dasar utama negeri, meskipun 'Gen-Y' hanya mewakili 38 peratus daripada keseluruhan penduduk Kedah, beta difahamkan kerajaan negeri memberi fokus lebih kepada 40 peratus pelaksanaan dasar kepada generasi muda," titahnya.
Titah baginda pelaksanaan program seperti 'Internship Mahasiswa Anak Negeri Kedah (IMAN), tuisyen BARAKAH, insentif persatuan mahasiswa, Skim Mikro Kredit Usahawan Muda dan Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) adalah antara program yang memberi tumpuan kepada anak muda dan berjaya dilaksanakan dengan baik.
Sultan Kedah bertitah kewujudan projek Bandaraya Getah di Padang Terap dengan nilai pelaburan awal RM417 juta yang disalurkan kerajaan persekutuan, mampu mewujudkan kesan limpahan ekonomi dan prospek baharu kepada 40,000 penoreh getah di negeri itu.
""Beta difahamkan melalui Makmal Pengurusan Nilai yang baru diadakan, sejumlah peruntukan tambahan telah diluluskan bagi merangka pembangunan fasa satu yang akan bermula tahun depan," titahnya.
Persidangan bersambung pada 9 pagi esok.
--BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2017

Titah baginda, ilmuan agama turut tidak terkecuali mengeluarkan fatwa, tuduh-menuduh dan berdebat di alam siber sehingga masyarakat sendiri berbelah bagi. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.

Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.

Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.

Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.

Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.

Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.

10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.

Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.

Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.

Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.