Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah menafikan khabar angin yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan Facebook kononnya Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sedang gering.
Beliau berkata mesej tersebut disebarkan orang tidak bertanggungjawab yang suka menambah cerita untuk sengaja ditularkan.
"Kenyataan tular itu tidak benar. Alhamdulillah baginda sihat tapi kita mesti sedar umur baginda hampir 90 tahun jadi mungkin tidak sekuat masa dahulu.
"Walaupun begitu, baru-baru ini baginda ada melawat Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA'17) dan perasmian Masjid Padang Lalang di Langkawi," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Bernama.
Kenyataan itu tular bersama-sama dengan satu surat pemakluman dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, meminta semua pegawai daerah memaklumkan kepada imam di daerah masing-masing supaya mengadakan solat hajat selepas selesai solat Jumaat hari ini.
Syed Unan Mashri menjelaskan surat yang dikeluarkan bagi mengadakan sembahyang hajat untuk kesejahteraan dan kesihatan Sultan Kedah itu adalah satu usaha berterusan yang diadakan dari masa ke semasa sejak dahulu lagi.
Ia bagi memohon supaya Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada Sultan Kedah, katanya. -- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2017
Menurut Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, mesej tersebut disebarkan orang tidak bertanggungjawab yang suka menambah cerita untuk sengaja ditularkan.
ASEAN 2025 | 7 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP).
Latihan TVET homestay diperkenal sokong kepengerusian ASEAN 2025, TMM 2026 - Ahmad Zahid
Kursus khas usahawan dan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ‘homestay’ atau inap desa diperkenalkan bagi menyokong Kepengerusian ASEAN 2025 serta persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Kadar pengangguran di Filipina menurun pada Disember
Kadar pengangguran dalam kalangan individu berumur 15 tahun dan ke atas, berkurangan kepada 1.63 juta daripada 1.66 juta yang dicatatkan pada November 2024.
Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.
Pelarian Myanmar di Thailand menderita, AS beku bantuan kesihatan
Sekumpulan doktor dan jururawat Thailand berusaha menyelamatkan seorang pelarian Myanmar berusia 86 tahun, Adabi, di Hospital Tha Song Yang, Thailand.
Adabi yang mengidap kegagalan jantung dan pneumonia adalah antara pesakit serius yang datang ke hospital kerana perkhidmatan kesihatan di kem pelarian telah dihentikan selepas bantuan asing dihentikan oleh Amerika Syarikat.
Adabi yang mengidap kegagalan jantung dan pneumonia adalah antara pesakit serius yang datang ke hospital kerana perkhidmatan kesihatan di kem pelarian telah dihentikan selepas bantuan asing dihentikan oleh Amerika Syarikat.
Laos sasar lebih 4.3 juta pelancong asing tahun ini
Laos menetapkan sasaran untuk menarik lebih daripada 4.3 juta pelancong asing pada 2025 sebagai langkah mengukuhkan sektor pelancongan negara.
Ia merupakan peningkatan berbanding tahun lepas yang mencatatkan sebanyak 4.1 juta pelancong asing dengan perolehan pendapatan AS$1 bilion.
Ia merupakan peningkatan berbanding tahun lepas yang mencatatkan sebanyak 4.1 juta pelancong asing dengan perolehan pendapatan AS$1 bilion.
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Iswaran ditahan di rumah
Iswaran sebelum ini mengaku bersalah dan disabitkan dengan empat pertuduhan menerima barang berharga sebagai penjawat awam.
Mangsa banjir berkurang di Sarawak, Sabah meningkat petang ini
Di Sarawak, jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di 21 PPS di lima bahagian negeri itu berkurang kepada 4,389 orang.
Kes rasuah di Laos meningkat, kerajaan ambil tindakan tegas
Dalam usaha menghapuskan rasuah, Kerajaan Laos telah mengambil langkah tegas selepas siasatan mendedahkan kerugian kewangan yang besar pada tahun 2024.
Tindakan ini menekankan komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor awam.
Tindakan ini menekankan komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor awam.
Sultan Kedah sihat, tular gering tidak benar
Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah menafikan khabar angin yang tersebar kononnya Sultan Kedah, sedang gering.