Sultan Muhammad V telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019, kata Istana Negara.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, baginda telah memaklumkan peletakan jawatan tersebut secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.
"Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menerusi kenyataan tersebut, Wan Ahmad Dahlan menyatakan bahawa baginda berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kerjasama mentadbir negara dan berharap rakyat Malaysia terus mengekalkan perpaduan.
Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan ke-29 ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016 dan ini merupakan kali pertama Yang di-Pertuan Agong meletak jawatan.
Baginda menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Kedah.
Sultan Muhammad V bercuti sejak Nov lalu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan yang berakhir 31 Dis lalu.
Berikut kenyataan penuh Istana Negara:
"Bagi menjujung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini lstana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan.
"Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.
"Sepanjang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, Baginda telah berusaha untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua Negara, berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan di kalangan rakyat.
"KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang telah memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV bermula 13 Disember 2016.
"Baginda juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah memberi kerjasama dalam mentadbir negara. Selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Baginda amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang telah dicurahkan kepada Baginda dan negara selama ini.
"Kepada rakyat Malaysia, KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaufat ini supaya Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni."
Astro Awani
Sun Jan 06 2019

Sultan Muhammad V meletak jawatan berkuat kuasa 6 Januari 2019. -Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.

Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.

Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media
Teka-teki siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 terus menjadi tanda tanya.

Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu
GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.

Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di PRU15 pada 19 November lalu.

Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong
Kira-kira 300 penyokong bekas Perdana Menteri itu diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia berkumpul di hadapan Istana Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan.