Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Khamis berkenan merasai sendiri pengalaman menaiki koc kelas perniagaan bagi Perkhidmatan Tren Elektrik 2 (ETS2) dari Stesen Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak.
Keberangkatan Baginda bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim adalah bersempena Majlis Pelancaran ETS2 dan Pembangunan Bersepadu Keretapi Ipoh yang akan dilancarkan di Stesen Keretapi Ipoh.
Sultan Nazrin terlebih dahulu menyempurnakan pra pelancaran ETS2 dengan menandatangani plak perasmian sebelum tren berlepas kira-kira 2.10 petang.
Sepanjang perjalanan kira-kira dua jam setengah itu, Baginda turut dibawa ke kokpit pemandu sambil mendengar taklimat pembangunan Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang (KBDT) dan pembangunan ETS yang disampaikan Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Rameli Musa.
Baginda turut berkenan meninjau kemudahan serta fasiliti yang terdapat dalam ETS2 seperti kafe, sistem audio visual serta fasiliti untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) selain sempat beramah mesra dengan para penumpang.
Turut menaiki ETS dari ibu negara, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Pengurus Besar Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Azhar Ahmad dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
la turut disertai kira-kira 200 tetamu dari Kementerian Pengangkutan, RAC, KTMB, Women In Rail, pelajar universiti serta pengamal media yang menaiki koc A, B dan C.
Gerabak kelas perniagaan adalah satu daripada enam gerabak ETS2 yang direka untuk penumpang yang mahukan lebih keselesaan dengan ruang tempat duduk lebih luas dan selesa, pelayan khas selain fasiliti lain seperti kit kembara, Video-on-Demand (VoD) dan slot USB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 10 2019
Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim berkenan melihat ruang kokpit ETS2 yang menuju ke Stesen Kereta Api Ipoh selepas melancarkan perkhidmatan tren terbaharu itu pada 10 Okt, 2019. --fotoBERNAMA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
Anggota Malbatt 850-12 dikhuatiri cedera terkena serpihan letupan di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia 850-12 yang baharu tiba bagi menyambung misi pengaman di Lubnan terkena serpihan letupan di sekitar kawasan lapangan terbang negara itu pada pukul 2 petang (waktu tempatan).
[TERKINI] Empat anggota dari UNIFIL Malaysia antara tercedera diserang
Menurut kenyataan tentera Lubnan pada Khamis, turut tercedera dalam serangan itu juga tiga tentera.
Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM
Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 tidak boleh dilihat sebagai suatu berita baik yang akan membuahkan keamanan di negara-negara Islam.
KDN pertahan guna SOSMA dalam siasatan kes GISB
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan penggunaan SOSMA, dalam siasatan melibatkan GISB.
AWANI Ringkas: KDN pertahan penggunaan SOSMA dalam kes GISB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapangan Terbang Changi naikkan caj penumpang dan syarikat penerbangan bagi 2025-2030
Menurut CAG, kenaikan ini juga akan membantu menampung kos operasi yang lebih tinggi, termasuk kos tenaga kerja dan tenaga.
Kes kehilangan beg berisi RM1 juta, polis tahan dua pengawal keselamatan
Polis berkata kedua-dua mereka dipercayai menaiki van keselamatan yang membawa beg berisi wang tunai berjumlah RM1,071,000 ketika hari kejadian.
Anggaran peruntukan penubuhan Majlis Media Malaysia diperinci masa terdekat - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memperincikan anggaran peruntukan bagi penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) menerusi satu memorandum Jemaah Menteri dalam masa terdekat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KTMB sedia laporan insiden penumpang tarik brek kecemasan ETS
Semua pengguna tren KTMB dinasihat tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren semasa ia beroperasi.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Deepavali
KTMB akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua ETS bagi laluan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Padang Besar dan sebaliknya sempena Deepavali.
Tiket tambahan tren ETS sempena cuti Awal Muharram dijual mulai esok
Perkhidmatan tambahan itu bermula 5 hingga 7 Julai itu menawarkan 2,520 tiket termasuk dalam koc kelas perniagaan.
Penumpang ETS KL-Ipoh nikmati perjalanan lebih pendek mulai Ogos
Pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan sebaliknya akan menikmati masa perjalanan lebih pendek dengan pengenalan perkhidmatan ETS Ekspres bermula Ogos ini.
KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha
Sebanyak 9,450 tiket tren tambahan termasuk koc kelas perniagaan akan mula dijual pada 3 petang hari ini.
Tambang perjalanan ETS terganggu dipulangkan secara penuh - KTMB
KTMB akan memulangkan semula tambang perjalanan secara penuh, kepada penumpang yang tidak dapat meneruskan perjalanan akibat gangguan perkhidmatan ETS.
Jualan tiket ETS KTMB Aidilfitri: Lebih 80 peratus telah dijual
Lebih 80 peratus daripada 119,880 tiket perkhidmatan ETS KTMB yang ditawarkan bagi tempoh perjalanan Aidilfitri dari 1 hingga 15 April, telah terjual setakat pagi tadi.
Trip ETS ditambah dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina
Terdapat penambahan empat perkhidmatan sehari bagi laluan KL Sentral - Ipoh - KL Sentral sepanjang tempoh 7 Februari hingga 13 Februari 2024.
Kren tumbang: Perkhidmatan komuter, ETS kembali pulih
Tren komuter pertama bernombor 2301 telah memulakan operasi seawal 5.05 pagi tadi dari stesen Tanjung Malim ke KL Sentral.
Perkhidmatan Komuter Lembah Klang, ETS alami gangguan akibat kren tumbang
Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) hari ini mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren tumbang berhampiran landasan.