Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menitahkan agar Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) yang dijadual Khamis ini ditunda.

Menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak, istiadat tersebut yang sepatutnya berlangsung pada pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Istiadat itu dibuat setiap tahun bagi memperbaharui ikrar sebagai exco kerajaan negeri.

Kerajaan negeri Perak ditadbir Pakatan Harapan dengan dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Perak mempunyai 10 lagi Exco dengan lima daripadanya dari DAP, Amanah (3) dan PKR (2). - BERNAMA