SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah meminta seluruh rakyat agar tidak bersifat mementingkan diri dengan menolak pemberian vaksin COVID-19 yang boleh menjejaskan sasaran negara bagi mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat, seterusnya mengembalikan kehidupan rakyat seperti sediakala.
Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan, baginda turut bertitah mengingatkan kepada rakyat jelata agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan segera mengambil suntikan vaksin masing-masing.
Sempena memperingati sambutan hari bersejarah itu Baginda bertitah, setiap rakyat perlu menghayati erti kemerdekaan sebenar di samping menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu ke arah mencapai kemerdekaan negara pada 1957.
"Baginda mahu penghargaan sama ditujukan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang sedang berjuang merawat dan menguruskan wabak COVID-19 ketika ini, khususnya kakitangan hospital serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung seperti pengurusan jenazah dan pengebumian," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut Baginda amat berterima kasih dan terharu dengan pengorbanan petugas-petugas berkenaan dan mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan serta sentiasa diberi kekuatan untuk berkhidmat demi kesejahteraan rakyat jelata.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 30 2021
Sempena memperingati sambutan hari bersejarah itu Baginda bertitah, setiap rakyat perlu menghayati erti kemerdekaan sebenar di samping menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu ke arah mencapai kemerdekaan negara pada 1957. - Gambar fail
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah MAIS
JAIS diminta memastikan semua penceramah yang menyampaikan pengajaran Islam mempunyai tauliah yang dikeluarkan MAIS.
Sultan Sharafuddin isytihar Gombak-Hulu Langat Geopark Kebangsaan pertama Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengisytiharkan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke HPBS Selangor 2024
Sultan Sharafuddin dan Tengku Norashikin yang meluangkan masa hampir dua jam turut berkenan melawat beberapa reruai di HPBS Selangor 2024 sebelum berangkat pulang pada 12.30 tengah hari.
Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan PNB RM3.9 juta
Sultan Selangor berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM3.9 juta daripada Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Sultan Selangor titah bentuk jawatankuasa bagi pemulihan kanak-kanak GISB
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan sebuah jawatankuasa dibentuk bagi pemulihan kanak-kanak yang diselamatkan dari Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd.
Premis GISB di Selangor diarah tutup, aset dirampas - Amirudin
Amirudin akan mengumumkan jumlah keseluruhan premis ditutup termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISB di negeri itu pada Rabu.
'Kenapa GISB buat begini kepada kanak-kanak, apa tujuan sebenar?' - Khutbah Jumaat JAIS
Jabatan itu menempelak tindakan GISB yang bukan saja gagal memelihara kanak-kanak, malah berlaku zalim dengan menyekat akses kepada pendidikan arus perdana dan mengeksploitasi kudrat mereka.
AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.
Sultan Selangor disembah maklum permohonan maaf Sanusi
Sultan Sharafuddin Idris Shah telah disembah maklum dengan surat permohonan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
JAIS bentang laporan penuh isu GISB minggu hadapan
Mohammad Fahmi berkata laporan itu akan memperincikan tindakan yang telah dan akan diambil selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.