Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah malam ini berkenan merasmikan pintu gerbang Kota Darul Ehsan, yang dinaik taraf, oleh kerajaan negeri atas titah baginda.
Pintu gerbang itu, yang melambangkan sempadan antara Petaling Jaya, Selangor dan Kuala Lumpur, dinaik taraf selepas 36 tahun.
Baginda, yang tiba di sebuah hotel di sini dengan diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menzahirkan rasa puas hati dengan projek naik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan.
"Beta amat berbesar hati dan berterima kasih kepada kerajaan negeri Selangor atas usaha yang dilakukan bagi menyempurnakan projek menaiktaraf Kota Darul Ehsan.
"Pembinaan kota ini telah bermula pada 1 Feb 1974 apabila Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan pada ketika itu almarhum ayahanda beta, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menitahkan agar sebuah pintu gerbang dibina sebagai tanda sempadan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor," titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabat Sultan Selangor pada Ahad.
Baginda bertitah, mengikut rancangan asal, pembinaan kota tersebut sepatutnya dibuat di atas garis sempadan, namun ia dianjak sedikit ke lokasi sekarang bagi menjimatkan kos.
"Kota ini kemudian dibuka secara rasmi pada 1981 dan kini setelah 36 tahun, Kota Darul Ehsan diberi nafas baharu serta tampil indah sesuai dengan imejnya sebagai ikon negeri Selangor," titah baginda.
Baginda turut menyeru sekalian rakyat agar sama-sama menghargai pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang merupakan mercu tanda kebanggaan negeri Selangor.
Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk kerja-kerja menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang bermula pada 15 April 2015 dan siap sepenuhnya pada 30 Sept lepas.
Projek tersebut membabitkan beberapa komponen penting termasuk ukiran dan motif di bahagian dinding dan kaki tiang yang menggunakan bahan ringan dan tidak berbahaya kepada pengguna jalan raya tanpa mengubah konsep asal reka bentuk Kota Darul Ehsan.
Skop kerja juga melibatkan tiang bendera, jata negeri Selangor, kanopi dan skema warna yang bersesuaian dengan imej negeri Selangor.
Selain itu, sistem pencahayaan khusus dan kerja-kerja menaik taraf kemudahan infra sistem bekalan elektrik turut dilakukan serta penanaman rumput dan pokok renek di sekitar kawasan Kota Darul Ehsan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2017
Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) menerima replika Kota Darul Ehsan dari Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor Datuk Ir, Ruslan Abd Aziz (kiri) selepas Perasmian Pemuliharaan Kota Darul Ehsan di sebuah hotel malam tadi. --fotoBERNAMA
Biden gesa gencatan senjata disegerakan - White House
Desakan itu dinyatakan dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
#AWANIRingkas 13 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Januari 2025
1️⃣ Perkembangan banjir di Johor
2️⃣ Lawatan rasmi PM ke UAE
3️⃣ Kebakaran besar Los Angeles belum reda
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Johor
2️⃣ Lawatan rasmi PM ke UAE
3️⃣ Kebakaran besar Los Angeles belum reda
#awaniringkas
Enam mangsa maut ada pertalian keluarga - Polis
Dalam kejadian itu, kesemua mangsa berusia antara enam bulan hingga 82 tahun melibatkan tiga wanita dan tiga lelaki.
Gelaran beregu lelaki Terbuka Malaysia milik Won Ho-Seung Jae
Won Ho-Seung Jae muncul juara baharu dengan kemenangan 21-12, 21-12 dalam perlawanan selama 64 minit.
Kebakaran Los Angeles: 14 maut, angka korban dijangka meningkat
Pegawai memberi amaran pada Ahad bahawa angka korban, yang kini mencecah 14 orang berkemungkinan meningkat.
Hibrid pemecah ombak, tukun sebagai alternatif kawal hakisan pantai Terengganu - Pakar
Langkah itu solusi alternatif yang boleh dipertimbangkan kerajaan selain memfokus kepada penyelesaian tunggal pemecah ombak semata-mata.
Jerman tambah bantuan kemanusiaan us$51 juta untuk Syria
Jerman akan menyediakan tambahan €50 juta (US$51 juta) sebagai bantuan kemanusiaan kepada Syria.
Menurut Menteri Luarnya Annalena Baerbock, dana akan disalurkan kepada Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pelbagai organisasi bukan kerajaan untuk menyediakan makanan, tempat perlindungan kecemasan, serta penjagaan perubatan.
Menurut Menteri Luarnya Annalena Baerbock, dana akan disalurkan kepada Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pelbagai organisasi bukan kerajaan untuk menyediakan makanan, tempat perlindungan kecemasan, serta penjagaan perubatan.
Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.
Kebakaran L.A : 14 maut, korban dijangka meningkat
Anggota bomba menghadapi cabaran besar dalam usaha mereka untuk mengawal kebakaran besar yang telah memusnahkan kawasan kejiranan Pacific Palisades di Los Angeles.
Pasca perang Syria: menteri luar eropah bincang mansuh sekatan Syria
Menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) akan mengadakan mesyuarat pada akhir Januari untuk membincangkan kemungkinan pemansuhan sekatan terhadap Syria.
Sultan Selangor rasmi pintu gerbang Kota Darul Ehsan
Pintu gerbang itu, yang melambangkan sempadan antara Petaling Jaya, Selangor dan Kuala Lumpur, dinaik taraf selepas 36 tahun.
Azmin nafi dakwaan peruntukan RM9.7 juta baiki pintu gerbang tidak telus
Azmin Ali nafi dakwaan peruntukan RM9.7 juta bagi kerja mencantikkan pintu gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuh Raya Persekutuan dikeluarkan secara tidak telus.