Pengusaha ikan sangkar di Temerloh kini buntu. Kebanyakan ikan patin dalam sangkar mereka mati akibat Sungai Pahang yang semakin cetek.
Fenomena ini menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian sehingga ratusan ribu ringgit.
Antara kawasan yang dikatakan paling teruk terjejas ialah di Kampung Teluk Ira.
Menurut seorang penternak ikan patin sangkar, Abdul Rahim Husin, 60, situasi itu tidak pernah berlaku dalam tempoh 16 tahun.
"Fenomena ini sudah bermula sejak tiga bulan sebelum ini, tetapi masa itu kita masih boleh ikhtiar lagi. Kalau air menurun kita sentiasa mengawal sangkar.
"Kemudian pada satu tahap, ia berlaku di luar kemampuan akal manusia," katanya.
Selain cuaca panas, mereka mendakwa aktiviti pembalakan dan pembangunan tidak terkawal di hulu Sungai Pahang sebagai antara punca penyusutan paras air di sungai itu.
"Musim kemarau kita tidak dinafikan. (Namun fenomena) ini disebabkan kerakusan manusia, satu daripada puncanya ialah pembalakan, pam pasir tidak terurus.
"Akibat pembalakan, kita melihat kesannya kepada kawasan tadahan hujan di hulu sungai. Kalau segalanya rosak begini, susahlah kami," katanya.
Lebih 200 pengusaha ikan patin sangkar di Temerloh berdepan risiko hilang mata pencarian jika keadaan ini berterusan.
Syed Ismail Syed Abdul Rahman, 41, berkata paras Sungai Pahang kini begitu cetek sehingga menyukarkan habitat ikan.
"Saya dan kawan-kawan mungkin kerugian dalam RM20,000 ke 30,000 ke atas. Di sini ada enam kawasan, semuanya air dalam sekaki lebih sikit saja.
"Nak masukkan ikan tak boleh, ikan sedia ada pula mati. Kami tak boleh nak buat apa lagi," kata Syed Ismail dengan nada sedih.
Mereka kini hanya mampu berserah dan berharap keadaan sungai akan kembali pulih.
Ini adalah siri terakhir laporan khas "Kerakusan Manusia Musnahkan Sungai Tembeling."
Tan Su Lin
Thu Apr 14 2016
Antara kawasan yang dikatakan paling teruk terjejas adalah Kampung Teluk Ira. - Foto Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nelayan merayu pihak berkuasa dapat atasi masalah muara cetek dengan segera
Masalah yang berulang sejak 15 tahun lalu itu mengundang bahaya serta mengakibatkan kerugian besar kepada nelayan di kawasan berkenaan.
Sungai Pahang cetek, pengusaha ikan sangkar terjejas
Pengusaha ikan sangkar di Temerloh kini buntu. Kebanyakan ikan patin dalam sangkar mereka mati akibat Sungai Pahang yang semakin cetek.