RAKYAT Malaysia masih berdegil.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah diisytihar berkuatkuasa bermula semalam 18 Mac, masih ramai yang ingkar dengan arahan itu. Pejabat dan premis perniagaan diminta tutup dan kalaupun dibenar operasi adalah pada pergerakan yang sangat terhad, dan rakyat diminta duduk sahaja di rumah. Namun ada juga yang bersiar-siar seperti tiada apa yang berlaku.
Wabak COVID-19 semakin memburuk di Malaysia. Semalam sahaja, 117 lagi kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 790 kes sejak yang pertama dicatatkan pada 25 Januari tempoh hari. Ini bukan penyakit selesema, batuk atau demam biasa. Dua orang sudah menemui ajal akibatnya.
Mungkin situasi di sini tidak seteruk di Itali yang terbaharu mencatat 475 kematian hanya dalam satu hari pada Rabu, menambah kepada angka 2,503 kematian daripada 31,506 kes COVID-19 di negara paling teruk dibadai wabak itu selepas China. Namun seorang warga Itali berkongsikan derita yang ditempuh rakyatnya akibat mengambil enteng kehadiran wabak ini pada peringkat awal.
“To the rest of the world, you have no idea what’s coming (Dunia, kalian tidak tahu apa yang sedang mendatang),” begitu amarannya yang dikongsi di laman sosial Twitter.
Menurut Jason Yanowitz menerusi ciapannya bertarikh 14 Mac 2020, dia mendapat bebenang kronologi enam peringkat yang ditempuhi Itali daripada seorang rakyat negara itu. Ini terjemahan penuh kepada ‘surat’ yang diutus itu, memberi amaran tentang bahaya yang mendatang sekiranya dunia mengambil mudah wabak ini sepertimana mereka tidak lama dahulu, supaya lebih senang difahami oleh kalian rakyat Malaysia.
Kalau anda masih melepak dengan kawan-kawan, pergi ke restoran/bar, dan berlagak seperti ini bukan perkara penting, dengar baik-baik. Bebenang berikut diambil daripada seorang warga Itali. Seperti dikatakan mereka:
“Kepada dunia, kalian tidak tahu apa yang sedang mendatang.” [MESTI BACA]
Saya kira semua sedia tahu, Itali dalam kuarantin kerana penularan wabak koronavirus. Situasi ini tidak baik, tapi apa yang lebih buruk adalah menyaksikan dunia berperangai seperti ia tidak akan berlaku kepada mereka. Kami tahu apa yang kalian fikirkan kerana kami juga berfikiran seperti anda dahulu.
Mari lihat bagaimana ia berkembang…
BACA SEMUA ANDA PERLU TAHU MENGENAI COVID-19
TAHAP PERTAMA
Anda tahu koronavirus wujud, dan kes pertama muncul di negara anda. Tiada apa yang perlu dirisaukan, ia hanya selsema buruk!
Saya bukan berusia 75 (ke atas) jadi apa boleh terjadi pada saya? Saya selamat, orang lain yang melebih-lebih, perlu ke keluar memakai topeng dan beli bekalan tisu. Saya akan jalani hidup seperti biasa, tak perlu menggelabah.
TAHAP KEDUA
Kes mula meningkat. Mereka mengisytihar ‘zon merah’ dan mengkuarantinkan satu atau dua bandar kecil di mana mereka menemukan kes terawal dan ramai yang telah dijangkiti (22 Februari). Menyedihkan, pada masa sama agak merisaukan tapi mereka yang menguruskannya jadi tiada apa yang perlu dipanikkan. Ada beberapa kematian tapi semuanya orang tua jadi media hanya wujudkan panik untuk raih tontonan, memalukan.
Orang ramai menjalani kehidupan seharian seperti biasa… Saya tidak akan berhenti keluar dan melepak dengan kawan-kawan, kan? Ia takkan sampai kepada saya, semua orang baik-baik saja di sini.
TAHAP KETIGA
Bilangan kes meningkat dengan begitu cepat. Ia hampir dua kali ganda dalam satu hari. Lebih banyak kematian. Mereka mengisytiharkan zon merah dan mengkuarantinkan empat wilayah di mana majoriti kes dicatatkan (7 Mac). Di Itali, 25 peratus negara itu dalam kuarantin.
Sekolah dan universiti ditutup di kawasan ini tetapi bar, tempat kerja, restoran dan sebagainya masih dibuka. Arahan perintah dikeluarkan oleh beberapa akhbar sebelum waktu yang sepatutnya, jadi kira-kira 10,000 orang dari zon merah keluar dari kawasan itu pada malam yang sama untuk pulang ke rumah dan bahagian Itali lain (ini akan jadi penting sebentar lagi).
Sebahagian besar populasi berbaki 75 peratus rakyat Itali masih melakukan apa yang mereka selalu lakukan. Mereka masih belum sedar keseriusan situasi ini. Di mana-mana sahaja orang saling mengingatkan supaya membasuh tangan dan hadkan pergerakan keluar, berkumpul adalah dilarang, setiap lima minit siaran di TV mengingatkan anda tentang peraturan-peraturannya.
Tapi ia masih tidak masuk kepala orang ramai.
TAHAP EMPAT
Bilangan kes terus meningkat dengan begitu cepat. Sekolah dan universiti ditutup di semua tempat untuk sekurang-kurangnya sebulan. Ia merupakan darurat kesihatan nasional. Hospital dipenuhi, seluruh unit dikosongkan untuk memberi ruang kepada pesakit koronavirus.
Tak cukup doktor dan jururawat. Mereka memanggil mereka yang telah bersara dan bakal doktor yang berada di dua tahun terakhir di universiti. Sudah tiada syif, kerjalah selagi boleh. Sudah pasti, doktor dan jururawat mendapat jangkitan, dan disebarkan kepada seluruh keluarga.
Terlalu banyak kes pneumonia, terlalu ramai yang memerlukan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tidak cukup tempat untuk semua orang. Tika dan saat ini seperti berada dalam perang: doktor harus memilih siapa yang mahu dirawat berdasarkan peluang untuk hidup.
Ia bermakna orang tua dan pesakit trauma/angin ahmar tidak dapat dirawat kerana memberi keutamaan kepada kes korona. Tidak cukup sumber untuk semua orang jadi ia harus diedarkan untuk keberhasilan terbaik. Saya harap ini satu jenaka tapi inilah yang sedang benar-benar terjadi.
Orang mati kerana sudah tiada tempat lagi. Saya ada seorang rakan doktor yang menelefon saya, ranap moralnya kerana terpaksa membiarkan tiga orang mati pada hari itu. Jururawat menangis kerana melihat orang mati dan tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menawarkan oksigen kepada mereka.
Saudara kepada seorang rakan meninggal dunia semalam akibat korona kerana mereka tidak dapat merawatnya. Huru-hara, dan sistem sedang mengalami keruntuhan. Koronavirus dan krisis akibatnya adalah benda yang anda dengar di mana-mana.
TAHAP LIMA
Ingat lagi 10,000 si bodoh yang lari dari zon merah ke seluruh pelusuk Itali? Satu negara kini diisytihar di bawah perintah kuarantin (9 Mac). Sasarannya adalah untuk mengurangkan penyebaran virus sebanyak mungkin.
Orang ramai masih boleh pergi kerja, beli barangan dapur, pergi ke farmasi, dan semua perniagaan masih dibuka kerana kalau tidak ekonomi akan ranap (sudah ranap pun), tapi anda tidak boleh bergerak keluar dari rumah melainkan dengan alasan yang sah.
Kini wujudnya ketakutan, anda dapat lihat sudah ramai yang memakai topeng dan sarung tangan, tapi masih ada juga yang merasakan diri mereka kebal, yang pergi ke restoran beramai-ramai untuk lepak minum dan sebagainya.
Langkah seterusnya.
TAHAP ENAM
Dua hari kemudian, diumumkan bahawa semua bisnes ditutup: Bar, restoran, pusat beli-belah, semua jenis kedai dan seumpamanya. Semuanya kecuali pasaraya dan farmasi. Anda boleh bergerak hanya jika anda memiliki sijil bersama anda. Sijil itu adalah dokumen rasmi di mana anda mengisytihar nama, datang dari mana, ke mana hendak dituju dan kenapa.
Ada banyak ‘checkpoints’ polis. Sekiranya anda ditemukan berada di luar tanpa sebab yang sah, anda berdepan risiko didenda sehingga 206 Euro. Jika anda diketahui positif jangkitan, anda berdepan risiko hukuman satu hingga 12 tahun penjara atas kesalahan homisaid (membunuh).
KATA KATA AKHIR
Bahagian dunia lain di samping Itali, China dan Korea sekarang sudah mula sampai ke tahap tertentu, jadi biar saya beritahu:
Anda tidak tahu apa yang sedang mendatang kepada anda. Saya tahu kerana dua minggu lalu sayalah orangnya yang tak tahu dan menyangkakan ia tidak seburuk mana. Tetapi ianya benar. Dan bukan kerana virus itu sahaja yang berbahaya dan membunuh, tetapi atas semua keadaan yang disebabkan olehnya.
Sakit mata melihat negara-negara ini beraksi seolah-olah ia tidak tiba dan tidak mengambil langkah pencegahan yang diperlukan untuk kesejahteraan rakyatnya sementara masih sempat.
Tolong, kalau anda sedang membaca ini, bertindak dengan cara terbaik.
Masalah ini tidak akan selesai dengan sendiri dengan cara menghiraukannya. Sekadar terfikir berapa banyak kes yang tidak diketahui di Amerika sahaja sudah cukup menakutkan, dan mereka berdepan masalah yang sangat, sangat bersar disebabkan bagaimana negara mereka ditadbir.
Perlu saya katakan, kerajaan kami pada ketika ini melakukan tugas dengan baik. Langkah-langkah yang diambil adalah drastik tetapi diperlukan, dan ini boleh jadi satu-satunya cara untuk membedung penularan.
Ia berkesan di China jadi kami harap ia berkesan di sini juga (ia sedang menunjukkan hasil di beberapa zon merah yang terawal dikuarantinkan sebelum yang lain).
Mereka mengambil langkah untuk melindungi rakyat seperti menangguhkan pembayaran gadai janji (mortgage) untuk bulan-bulan akan datang, membantu pemilik kedai yang diwajibkan menutup kedai dan sebagainya.
Saya menyedari bahawa tindakan-tindakan ini amat sukar, kalaupun mustahil, untuk dijalankan di beberapa negara, dan ianya amat membimbangkan untuk memikirkan tentang ia ertinya di skala global.
Saya tertanya-tanya mungkinkah pandemik ini titik perubahan kepada masyarakat kita.
—
Kalau dibandingkan keadannya antara kedua-dua negara, kes di Malaysia menunjukkan trend yang hampir sama dengan apa yang berlaku di Itali di peringkat awal. Malang sekali, sifat sambil lewa rakyat mereka pada ketika itu yang membuatkan mereka berada pada keadaan kritikal hari ini.
Maka, tolong #jangandegil, patuhi Perintah Kawalan Pergerakan, #kekaltenang untuk kita sama-sama #hapusCOVID19.
Israr Khalid
Thu Mar 19 2020
2,503 orang sudah mati dibunuh COVID-19 di Itali. Takkan mahu tunggu nasi jadi bubur baru nak faham? - Gambar fail.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
NATO seru perniagaan bersedia untuk senario waktu perang
Pegawai kanan NATO menyeru syarikat perniagaan untuk bersiap sedia menghadapi senario waktu perang dengan menyesuaikan pengeluaran dan pengedaran bagi mengurangkan kerentanan terhadap ugutan dari Rusia dan China.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Eropah tingkatkan sokongan ketenteraan untuk Ukraine
Negara-negara Eropah akan meningkatkan sokongan ketenteraan kepada Ukraine, menurut Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius, selepas mesyuarat bersama rakan sejawatannya dari Britain, Perancis, Itali, dan Poland.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.