Buluh merupakan sumber alam yang banyak digunakan oleh masyarakat di rantau Asia, termasuk Malaysia bagi pelbagai kegunaan seperti alat muzik, bahan binaan, barangan dekorasi dan peralatan dapur.
Bagi pengasas 'Islamic Green Village' Jamaluddin Ahmad, 55, beliau menggunakan buluh 100 peratus untuk membina sebuah surau di Chandan Puteri, Mukim Bendang Panjang di sini.
Lebih unik, surau yang berkonsepkan 'Bumbung Lima Perak' itu dibina menggunakan kira-kira 4,000 batang buluh, iaitu buluh betong dari Indonesia dan buluh wulung sebagai tiang surau, manakala buluh apus diguna untuk dijadikan bumbung surau itu yang direka tanpa mempunyai dinding, katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata surau buluh yang dibina dengan kos RM600,000 dan dijangka siap sepenuhnya Oktober ini, menggunakan skru untuk mencantum batang buluh itu, manakala lantai pula menggunakan jubin.
"Idea untuk membina surau daripada buluh tercetus apabila saya mengadakan lawatan ke Yogyakarta,
Jamaluddin berkata rasa kagum terhadap pembinaan berasaskan buluh di Indonesia telah mendorongnya untuk membawa masuk teknologi dari negara jiran itu ke Malaysia agar masyarakat menghargai sumber alam tersebut.
"Sifat buluh ini bukan sahaja tidak mencemarkan tetapi tidak panas malah memberi keselesaan," tambahnya.
Beliau berkata untuk itu pembangunan Islamic Green Village ini mempunyai unsur-unsur kehijauan, memanfaatkan sumber alam untuk dijadikan bahan binaan.
"Bahkan sebahagian daripada sekolah pondok di sini juga akan dibina daripada buluh," katanya.
Jamaluddin berkata beliau memilih untuk membina surau yang mampu memuatkan kira-kira 400 hingga 500 jemaah pada satu-satu masa di kawasan itu, untuk kegunaan masyarakat setempat.
Beliau berkata serta permulaan kepada pembinaan sebuah sekolah pondok khusus untuk warga emas mendalami Islam berhampiran kawasan tersebut.
Sementara itu, Mazlan Othman, 59, arkitek yang mereka bentuk surau itu berkata buluh tidak asing dalam seni bina rumah Melayu sejak zaman dahulu, namun penggunaannya untuk membina surau merupakan sesuatu yang unik.
"Kami hendak menjadikan buluh sebagai bahan binaan unggul di Malaysia kerana seperti mana yang kita tahu buluh semakin dilupakan, maka ia perlu dipromosikan semula dan dijadikan ikon.
"Untuk menyiapkan surau ini, saya menggunakan 10 tenaga kerja yang terdiri daripada warga tempatan dan Indonesia yang dikhususnya kepada penyediaan konsep surau," katanya.
Mazlan berkata pemilihan buluh betong untuk tiang utama adalah kerana buluh itu mampu bertahan antara 60 hingga 70 tahun, dan ia diimport dari Yogyakarta memandangkan bahan itu sukar didapati di Malaysia, selain mahal jika dibandingkan dengan tempat lain.
Katanya buluh-buluh betong berkenaan akan dicelup dengan asid borik terlebih dahulu supaya tahan lama, manakala buluh-buluh lain tidak perlu diletakkan sebarang kimia sebaliknya hanya dibasuh.
"Buluh betong yang dijadikan tiang mestilah berusia lima tahun," katanya.
Seorang lagi arkitek dari Bali, Indonesia, Nugro Widhi Nugrohos, 36, berkata keistimewaan rekaan surau itu adalah ia menyediakan ruang dengan peredaran udara dan pencahayaan yang amat baik.
"Konsep yang dipilih ditransformasi supaya rekaan tampak lebih moden walaupun menggunakan buluh sebagai bahan binaan utama," katanya.
Bernama
Wed Jul 13 2016
Surau Buluh yang terletak di Chandan Puteri, Mukim Bendang Panjang dibina dengan menggunakan 100 peratus buluh yang diimport khas dari Yogyakarta, Indonesia dijangka siap sepenuhnya pada Oktober ini. - Foto Bernama
SPM diteruskan hari ini, ribuan calon terjejas
SPM 2024 diteruskan hari ini selama empat hari sehingga 5 Disember dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu, turut melibatkan
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
KDN pertimbang penggunaan kod QR kepada pengembara - Shamsul Anuar
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata KDN sedang pertimbang penggunaan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara yang dijangka akan percepatkan proses pemeriksaan kaunter imigresen.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Trump beri amaran naikkan tarif 100 peratus
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump beri amaran akan mengenakan kenaikan tarif 100 peratus sekiranya negara anggota BRICS meneruskan perancangan melancarkan sistem kewangan baharu yang mungkin melemahkan Dolar Amerika.
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin walaupun terdapat sentimen berhati-hati.
AWANI Pagi: Bantuan Banjir, Perguna Media Sosial, Misi Selamatkan Mangsa
Dari Machang Kelantan, ikuti siaran luar wartawan Amirul Aiman bersama tetamu Muhammad Faiz Iskandah, Penyelaras Jawatankuasa Operasi Bencana UiTM Cawangan Kelantan berkongsi situasi terkini banjir di kawasan itu.
Manakala Editor Media Sosial, Hilal Azmi yang mengikuti Misi Banjir Kelantan bersama Khairul Aming secara eksklusif memanfaatkan media sosial dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas di negeri itu.
#AWANInews #AWANIPagi
Manakala Editor Media Sosial, Hilal Azmi yang mengikuti Misi Banjir Kelantan bersama Khairul Aming secara eksklusif memanfaatkan media sosial dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas di negeri itu.
#AWANInews #AWANIPagi
Bekas Menteri Pertahanan Israel beri amaran pembersihan etnik di Gaza
Kabinet kanan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dikatakan sedang mencari jalan mengeluarkan rakyat Palestin dari utara Gaza.
'Kelab kecil dari Johor ini nombor satu di Asia Tenggara' - TMJ
TMJ menjelaskan walaupun daripada rantau Asia tetapi kecanggihan infrastruktur membuktikan pasukannya di landasan kejayaan.
Sektor defensif sebagai pelindung dalam ketidaktentuan pasaran
Dengan ketidaktentuan pasaran global yang berterusan akibat krisis geopolitik dan kabinet Trump yang bakal diumumkan pada bulan hadapan, pasaran saham di Wall Street yang pada paras tertinggi, pelabur menghadapi cabaran yang semakin meningkat untuk mengharungi pasaran.
Banjir: Reda dilanda musibah, gusar situasi memburuk
Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali membawakan perkembangan terkini dari Kuala Terengganu termasuk kisah peniaga yang perlu mendepani musibah tersebut.
Surau buluh tarikan baharu Kuala Kangsar
Surau yang berkonsepkan 'Bumbung Lima Perak' itu dibina menggunakan kira-kira 4,000 batang buluh, iaitu buluh betong dari Indonesia dan buluh wulung sebagai tiang surau.