Diplomat Malaysia ke New Zealand, Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail yang berdepan tuduhan serangan seksual dan rompakan dilapor akan kembali ke New Zealand pada pagi Sabtu untuk menghadapi tuduhannya.
Memetik laporan The Dominion Post, Rizalman akan terbang pulang dari Malaysia pada hari Jumaat, diiringi pegawai polis New Zealand.
Sesudah mendarat, Rizalman akan dibawa terus ke Mahkamah Daerah Wellington untuk menghadapi tuduhan.
Sebelum ini, kenyataan Wisma Putra memaklumkan, Kerajaan Malaysia kini sedang membuat persiapan untuk menghantar pulang Rizalman untuk menghadapi tuduhan rompakan dan serangan seksual.
Jelas kenyataan itu, Malaysia dan New Zealand juga sedang membincangkan prosedur undang-undang yang diperlukan untuk membolehkan kes berkenaan dilakukan mengikut undang-undang antarabangsa dan tempatan yang berkenaan.
Wanita warga New Zealand, Tania Rose Billingsley, 21, yang dikatakan mangsa kes serangan seksual melibatkan Rizalman juga pernah mendedahkan dirinya kepada umum dan meluahkan kekecewaan terhadap cara kerajaan New Zealand menangani kes tersebut.
Dalam satu temu ramah rancangan television TV3 3RD Degree, Billingsley memberitahu dia marah terhadap tindakan kerajaannya membenarkan Rizalman untuk pulang ke Malaysia selepas ditangkap 10 Mei lepas.
Bagaimanapun laporan The Dominion Post menyebut, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua negara berhubung tarikh sebenar kepulangan Rizalman ke New Zealand.
Sebelum ini, sebuah portal berita bahasa Melayu melaporkan, editor politik akhbar 'The New Zealand Herald', Audrey Young memuji Malaysia kerana 'melakukan perkara yang betul' apabila mengumumkan keputusan untuk menghantar kembali diplomat itu ke New Zealand bagi menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual.
Menteri Luar New Zealand Murray McCully juga dilapor menyambut baik pengumuman Malaysia bahawa pegawai yang dituduh melakukan serangan seksual di Wellington akan dihantar semula ke New Zealand.
McCully mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia terhadap apa yang disifatkannya sebagai "perkembangan yang amat dialu-alukan yang menunjukkan niat baik dan integriti bagi kedua-dua pihak menangani isu ini.
Astro Awani
Wed Oct 22 2014

Suspek seks kembali ke Mahkamah di New Zealand pada Sabtu untuk hadapi tuduhan - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekas atase tentera Malaysia dihukum tahanan rumah 9 bulan di New Zealand
Muhammad Rizalman Ismail dijatuhkan hukuman setelah pada November lalu mengaku melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita tempatan.