Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mendakwa suspek-suspek yang didakwa telah mencabul seorang pelajar sekolah Tahfiz berusia 10 tahun kerana tidak cukup bukti untuk membuktikan kes prima facie terhadap mereka, kata Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Beliau berkata kepentingan awam dalam perkara itu memerlukan fakta-fakta sahih untuk dikemukakan.
"Siasatan polis dalam kes ini bermula dengan ibu kepada pelajar tersebut membuat laporan polis pada 14 Ogos 2016 mendakwa anaknya, ketika itu berusia 10 tahun, (dikatakan telah diliwat oleh tiga pelajar senior, berusia antara 12 tahun hingga 18 tahun (suspek), di sekolah mereka di Manjoi, Perak.
Polis melakukan siasatan dengan menemubual mangsa, suspek-suspek dan saksi seperti guru, kakitangan dan rakan sebilik mangsa dan rakan-rakan sekolah yang lain, " katanya dalam kenyataan media hari ini.
Thomas berkata, mangsa juga telah menjalani pemeriksaan perubatan di hospital awam dan kenyataan yang direkodkan oleh polis dan laporan perubatan itu menjadi sebahagian daripada kertas siasatan (IP) yang biasanya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan.
Beliau berkata Kertas Siasatan dipertimbangkan oleh Jabatan Peguam Negara dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang ditugas mengendalikan kes itu berpendapat bahawa tiada kesalahan dilakukan.
"Oleh kerana tiada bukti lain ketika itu diperoleh untuk polis menjalankan siasatan lanjut, Timbalan Pendakwa Raya mengeluarkan arahan "Tiada Tindakan Lanjut" (NFA) pada September 2016.
Perkara itu terhenti di situ. Kertas Siasatan dibuka semula pada Februari 2017 berikutan ketersediaan bukti baharu dan Kertas Siasatan dikembalikan semula kepada Jabatan Peguam Negara.
Timbalan pendakwa raya dalam kes itu mengkaji setiap bukti yang tersedia oleh polis termasuk bukti baharu. Oleh kerana tidak cukup bukti untuk membuktikan kes prima facie terhadap suspek-suspek atau orang lain, Timbalan Pendakwa Raya membuat kesimpulan buat kali kedua pada Februari 2018 bahawa siasatan tidak perlu diteruskan, " katanya.
Thomas sekali lagi berkata, perkara itu terhenti di situ sehingga penglibatan seorang Majistret.
Beliau berkata surat aduan bertarikh 3 Jun 2019 telah dihantar oleh ibu pelajar tersebut kepada Majistret yang mengadu bahawa tiada tindakan telah diambil terhadap pelaku walaupun dia telah membuat dua laporan polis pada 2016.
Thomas bagaimanapun berkata salinan surat itu tidak dihantar ke Jabatan Peguam Negara.
"Majistret memutuskan untuk mengambil maklum mengenai aduan ibu mangsa. Pada 5 Ogos 2019, Majistret menyerahkan kepada Pejabat Pendakwa Negeri Perak notis menyatakan bahawa kes ini telah ditetapkan untuk disebut pada 9 Oktober 2019 di hadapan Majistret untuk ibu mangsa diperiksa berhubung dengan surat aduannya.
"Pemeriksaan akan dijalankan oleh Majistret dalam menjalankan kuasa Majistret di bawah Seksyen 133 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).
Beliau seterusnya berkata Pejabat Pendakwa Perak memberi respon kepada Majistret melalui surat bertarikh 27 Ogos 2019 dengan memberikan maklumat mengenai status sebenar siasatan dan menjelaskan bahawa NFA telah diarahkan.
Pejabat Pendakwa Negeri Perak menjelaskan bahawa ibu mangsa tidak seharusnya memfailkan aduan di bawah Seksyen 133 CPC kerana polis telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa ibu pada 2016, perkara itu disiasat dan keputusan NFA telah dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, katanya.
"Minggu lepas, media melaporkan bahawa Majistret menolak permohonan ibu mangsa di bawah Seksyen 133 CPC.
Portal berita, Malay Mail melaporkan pada 14 Oktober 2019 bahawa Majistret membuat keputusan selepas mahkamah menerima surat dari Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Perak yang memperincikan arahan bertulis oleh saya di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Laporan itu tidak benar. Tidak ada arahan tertulis yang dikeluarkan oleh saya dan sebenarnya lanagsung tidak disebut dalam surat Pejabat Pendakwa Negeri Perak kepada Majistret, "katanya.
Thomas berkata laporan yang sama juga menyatakan bahawa Malay Mail sedang mendapatkan penjelasan daripada beliau tentang mengapa kes itu diarah untuk dibuang.
Sekali lagi, ini tidak benar. Pejabat perhubungan raya Jabatan Peguam Negara ataupun saya sendiri tidak menerima sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan dari Malay Mail. Laporan yang tidak tepat itu pada 14 Oktober dikutip oleh banyak portal lain, " katanya.
Thomas berkata dalam undang-undang, Majistret tidak seharusnya mengambil maklum di bawah Seksyen 133.
Beliau berkata aduan ibu mangsa bahawa tiada siasatan dijalankan berhubung laporan polis yang dibuatnya pada 2016 adalah tidak benar.
Majistret hanya boleh menjalankan kuasa untuk memeriksa pengadu di bawah Seksyen 133 CPC, jika tiada siasatan dilakukan oleh pihak polis, yang jelas tidak berlaku, " katanya.
Beliau berkata keputusan Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu adalah selaras dalam menjalankan kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
"Mengikut Perlembagaan terserah kepada Peguam Negara (sebagai Pendakwa Raya) untuk menjalankan kuasa mengikut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau tidak meneruskan apa-apa prosiding bagi apa-apa kesalahan ". Beliau mempunyai kawalan dan arahan berhubung dengan semua pendakwaan jenayah di bawah undang-undang.
Dalam kes ini, seperti ribuan kes lain, kuasa untuk tidak memulakan prosiding jenayah/NFA telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya bagi pihak Pendakwa Raya, " kata Thomas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 21 2019

Tommy Thomas berkata kepentingan awam dalam perkara itu memerlukan fakta-fakta sahih untuk dikemukakan. - Gambar fail/Astro AWANI
PERKESO perkasa Rawatan Bencana Kerja, mudahkan akses pencarum
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkasa Program Rawatan Bencana Kerja (RBK) bagi memudahkan urusan serta meringankan beban pencarum yang mengalami kemalangan di tempat kerja.

ERA Sarawak turun padang, jayakan Misi Pasca Banjir OOHA di Kampung Bulau, Bekenu
Pasukan Radio ERA Sarawak dengan kerjasama Yayasan Ikhlas telah menjayakan Misi Pasca Banjir OOHA di Kampung Bulau di Bekenu.
Banjir: Kelantan kembali dilanda bah, Tanah Merah jajahan terjejas
Banjir kembali melanda Kelantan dengan jajahan Tanah Merah menyaksikan 46 mangsa daripada 14 keluarga terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).
Tidak timbul isu pemilik asal akan diusir secara paksa - PM
Tidak timbul sama sekali pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan.
4,000 kenderaan guna Jalan Tun Razak setiap jam
Purata sebanyak 4,000 kenderaan melalui Jalan Tun Razak di hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap jam, menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menjelaskan bahawa beberapa langkah telah diambil untuk memperbaiki aliran trafik di jalan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Middle Ring Road 1 (MRR1).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menjelaskan bahawa beberapa langkah telah diambil untuk memperbaiki aliran trafik di jalan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Middle Ring Road 1 (MRR1).

15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' pelaburan, penipuan cinta di Myanmar - KPN
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar.

PRK DUN Ayer Kuning: Pemuda UMNO ada calon, serah keputusan kepada pucuk pimpinan
Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan untuk melobi calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Kes tembak KLIA: Hafizul dipenjara 14 tahun, enam sebatan
Pengurus syarikat agensi pelancongan dijatuhi hukuman penjara 14 tahun enam bulan dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 15 April tahun lalu
Sultan Nazrin tegur pihak salah guna masjid, surau sebar fitnah, dakyah politik
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan teguran terhadap pihak yang menyalahgunakan masjid dan surau bagi menyebarkan dakyah berbaur fitnah serta kepentingan politik kepartian.
Along Kubur dihukum penjara, denda RM13,000, turut didakwa kes dadah
Seorang lelaki dikenali sebagai 'Along Kubur' dihukum penjara 10 bulan dan denda RM13,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kluang atas dua tuduhan memandu dalam keadaan bahaya dan menghalang pegawai polis menjalankan tugas.

Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.

Tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: AGC teliti aspek perundangan
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti dari sudut perundangan mengenai pelaksanaan pertambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

Kertas siasatan kes buli pegawai kadet UPNM diserah kepada AGC hari ini
Menurut polis, kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) petang ini untuk tindakan lanjut.

Tambah ahli Parlimen: MTPMA63 putuskan AGC, Peguam Besar Sabah, Sarawak berbincang
Kerajaan akan terus komited dalam memastikan perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan.

AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.

Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.

AGC tolak representasi Adam Radlan berhubung pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin bahawa AGC menolak representasi itu.

Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan
Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC untuk memantap dan selaraskan tindakan aspek siasatan dan pendakwaan berhubung jenayah dalam talian.

AGC diberi lanjutan dua minggu kemas kini penyelesaian kes saman pencen
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Mac untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak mengemas kini penyelesaian.

Aman Palestin tidak boleh cabar pembekuan akaun bank melalui semakan kehakiman - AGC
AGC membantah permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman atas alasan pengeluaran notis yang dibantah itu tidak boleh diterima untuk semakan kehakiman.