Lelaki yang menikam abang kekasihnya hingga mati Ahad lalu direman tujuh hari hingga Rabu depan.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi terhadap suspek berusia 29 tahun dari Kampung Baloh, Manir, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, suspek tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu kira-kira jam 9 pagi.
Suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota bahagian siasatan jenayah IPD Kuala Terengganu kira-kira jam 12.30 tengah hari Rabu di tepi jalan di Kampung Petai Bubus, Manir.
Ketika ditahan, suspek yang berada dalam keadaan letih dan lesu dipercayai keluar mencari makanan.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi Ahad lalu di kawasan parkir Kompleks Darul Iman, seorang lelaki mati ditikam teman lelaki adiknya selepas rahsia statusnya yang sudah berkahwin terbongkar.
Astro Awani
Thu Oct 20 2016
Seorang lelaki mati ditikam teman lelaki adiknya selepas rahsia statusnya yang sudah berkahwin terbongkar. - Foto Astro AWANI
Op Global: Anak bekas pemimpin Al-Arqam, pengikut GISB dilepas dengan bon jaminan
Tiga anak lelaki bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang ditahan dalam Op Global semalam, dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dengan bon jaminan sebanyak RM1,000 setiap seorang.
Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 8,124 orang
Setakat jam lima petang, mangsa banjir di Kedah menurun sedikit kepada 8,124 orang, manakala jumlah PPS yang dibuka juga menurun kepada 40.
Yang di-Pertuan Agong selamat tiba ke tanah air
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba ke tanah air selepas mengadakan Lawatan Negara ke China selama empat hari.
30 maut di Iran akibat letupan di lombong arang batu
Sekurang-kurangnya 30 orang terkorban, manakala 20 orang lagi dilaporkan masih hilang akibat letupan daripada kebocoran gas di sebuah lombong arang batu di timur Iran.
Fokus Minggu Depan: Op Global: PDRM beku akaun bank GISB bernilai hampir RM600,000
Ikuti ulasan Pakar Geostrategis, Dr. Azmi Hassan, mengenai tindakan PDRM dalam OP Global membeku akaun bank GISB bernilai RM581,552.31 dan disiasat di bawah AMLA serta serbuan premis perniagaan GISB.
Fokus Minggu Depan: Sidang kemuncak masa depan PBB
Lintas langsung bersama wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri, dari New York untuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).
Wanita warga emas tinggal sendirian ditemui meninggal dunia
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik utama rumahnya di Jalan Pulau Semut, Solok Duku, Masjid Tanah di sini semalam.
Kes mengamuk guna parang di Telok Panglima Garang
Seorang lelaki mengamuk dengan bersenjatakan parang gara-gara ditegur muntah dan buang sampah keluar dari kenderaannya di Telok Panglima Garang di sini pada Sabtu.
Agong selamat tiba di tanah air daripada Lawatan Negara ke China
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba ke tanah air selepas mengadakan Lawatan Negara ke China selama empat hari.
Pekerja kontrak maut ditikam, rakan larikan diri
Seorang pekerja kontrak ditemukan maut dengan kesan tikaman dan tetakan di sebuah taman perumahan yang masih dalam pembinaan di Bandar Puteri Jaya di sini, kira-kira jam 2 pagi Ahad.
Suspek tikam abang kekasih direman tujuh hari
Suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota bahagian siasatan jenayah IPD Kuala Terengganu kira-kira jam 12.30 tengah hari Rabu.