Danone Dumex Malaysia menegaskan produk susu Mamil Gold Formula 850 gram yang dipasarkan di Singapura tidak memasuki pasaran di Malaysia.
Ia susulan penarikan balik penjualan jenama susu formula itu selepas satu sampel di Singapura dikesan mengandungi bakteria Cronobacter sakazakii.
Danone Dumex Malaysia dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan produk itu dihasilkan hanya untuk pasaran di Singapura dan bukan di Malaysia.
“Produk Mamil Gold Formula 850 gram dibuat di Malaysia tetapi hanya untuk pasaran di Singapura. Tiada penjualan produk susu ini di Malaysia. Insiden itu hanya melibatkan beberapa sampel sahaja.
“Kami juga ingin mengesahkan bahawa Dumex Singapore telah menarik semula beberapa kumpulan (batch) pengeluaran dari pasaran,” katanya dalam kenyataan itu.
Tambahnya, syarikat itu memandang serius terhadap isu kebersihan dan kualiti produk mereka.
Ketika ini, Dumex Singapore sidang bekerja rapat bersama pihak berkuasa Agri-Food and Veterinary Authority of Singapore (AVA) berkaitan kes ini.
BACA: Susu formula buatan Malaysia dikesan tercemar di Singapura
Sementara itu, Astro AWANI cuba mendapat reaksi daripada Ketua Pengarah Kementeri Kesihatan berikutan isu ini, namun tiada jawapan setakat ini.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Aug 21 2018

Danone Dumex Malaysia menegaskan produk susu Mamil Gold Formula 850 gram yang dipasarkan di Singapura tidak memasuki pasaran di Malaysia. Foto: Facebook/Dumex
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Susu dikesan tercemar, tidak masuk pasaran Malaysia
Danone Dumex Malaysia menegaskan produk susu Mamil Gold Formula 850 gram yang dipasarkan di Singapura tidak memasuki pasaran di Malaysia.

Susu formula buatan Malaysia dikesan tercemar di Singapura
Antara simptom yang dihidapi ialah demam panas, hilang selera makan atau keletihan melampau.