Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengingatkan pengusaha syarikat agar mematuhi perundangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tidak terlibat dengan perbuatan mentaksirkan cukai lebih rendah daripada sepatutnya.
Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) JKDM Datuk T. Subromaniam berkata pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah dan mengenakan penalti sehingga 40 peratus sekiranya mengesan mana-mana syarikat yang tidak mematuhi undang-undang GST.
"JKDM memandang serius tindakan syarikat yang cuba mengelak untuk membuat pembayaran GST dengan tepat dalam tempoh yang ditetapkan.
"Kami telah menggerakkan satu pasukan khas bagi melakukan Operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS) bermula 1 Sept lalu untuk melakukan tinjauan dan penilaian dalam usaha memastikan semua syarikat yang berdaftar mematuhi perundangan GST," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyertai Ops CBOS yang dilakukan di sekitar kawasan Seberang Perai di sini. Turut hadir Pengarah Bahagian GST JKDM Ahmad Maher Abdul Jalil dan Pengarah JKDM Pulau Pinang Datuk Mohd Rudzi Man.
Sementara itu, Subromaniam berkata sehingga 12 Dis lepas, sebanyak 17,381 syarikat telah dilawati untuk memastikan mereka mematuhi perundangan dan membuat pembayaran GST dengan tepat.
Katanya pihaknya juga merancang untuk meneruskan Ops CBOS pada tahun hadapan dengan sasaran membuat lawatan ke 200,000 permis daripada 420,000 syarikat yang berdaftar GST pada masa kini.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya menyasarkan untuk membuat lawatan terhadap pengusaha restoran berikutan industri berkenaan dikenal pasti berpotensi tinggi dalam pelbagai kes penyelewengan.
Katanya JKDM akan menggunakan pertimbangan sebaiknya dalam menaksir nilai GST yang perlu dibayar sekiranya mendapati penyata GST yang dikemukakan syarikat terbabit tidak lengkap atau terdapat elemen penyelewengan.
"Kami menjangkakan akan dapat mengutip lebih daripada RM1 bilion pada tahun ini dan akan terus komited dalam menguatkuasakan perundangan GST," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2016
JKDM memandang serius tindakan syarikat yang cuba mengelak untuk membuat pembayaran GST dengan tepat dalam tempoh yang ditetapkan. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Parlimen: Pengenalan cukai kepada T15 bukan alasan label 'Belanjawan Robin Hood'
Lim Guan Eng berkata, ia sebenarnya usaha kerajaan menangani kesenjangan dan mengurangkan ketidaksaksamaan.
TNB akan rayu taksiran tambahan LHDN berjumlah RM1.39 bilion
TNB juga telah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.
Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta
Kenderaan yang disita dalam rampasan secara berasingan antara Jun dan Julai lepas di Kangar dan Kuala Perlis itu membabitkan cukai sebanyak RM2,239,475.
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.
G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan
Penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil.
Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar
Pulau Pinang akan menghantar surat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cadangan mengembalikan 20 peratus hasil kutipan cukai kepada negeri.
Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM
Penyasaran subsidi diesel mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada cukai itu.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.