JEJAKA tampan yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres Emma Maembong, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman tidak mempunyai pilihan lain selain daripada membuka mulut mempertahankan diri selepas namanya menjadi bahan perdebatan netizen.

Selepas Emma membuat pengakuan menanggalkan tudung, Syed Abdullah dituduh sebagai punca kenapa wanita itu mengubah pendiriannya.

Di laman Instagram peribadinya, Syed Abdullah menyuarakan rasa kecewanya dengan segala dakwaan tidak berasas itu.

“Saya anggap semua ini sebagai cabaran. Terima kasih atas teguran, saya hargai komen ini,” tulis Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu komen balas di laman sosial itu.

Laman Instagram Syed Abdullah menjadi tempat netizen meluahkan rasa kesal, kecewa dan marah dengan tindakan Emma menanggalkan tudung selepas lima tahun menutup aurat.

SYED ABDULLAH menurunkan komen di laman Instagramnya.




WALAU apa terjadi, Syed Abdullah tetap menerima pandangan semua pihak dengan hati terbuka.




Tidak pula dengan melenting dengan komen-komen negatif, Syed Abdullah sebaliknya, berterima kasih dan menghargai maklum balas yang diturunkan netizen.

Nama Emma dan Syed Abdullah menjadi bahan perbualan apabila masing-masing dikesan begitu rapat dan pernah beberapa kali memuat naik foto bersama di laman sosial.

Emma pada Rabu mengejutkan ramai apabila secara terbuka mengumumkan yang dia sudah menanggalkan tudung dan kembali ke imej lama.

Tindakan Emma itu membuatkan dia mendapat kritikan daripada banyak pihak.

BACA: Emma Maembong bercinta dengan abang Syed Saddiq?

BACA: 'Itu bukan Emma' - Syed Abdullah buka mulut tentang foto celah kangkang

BACA: Syed Abdullah mohon maaf, mengaku tertekan foto bersama Emma tersebar