Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menegaskan ia tidak mengalami sebarang masalah kewangan atau kerugian seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Malah, jelas Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, prestasi kewangan lembaga itu cukup kukuh sehingga membolehkan Tabung Haji membayar dividen yang 'memberangsangkan' kepada pendeposit yang bakal diumumkan pada minggu pertama bulan depan.
"Tabung Haji tak ada sebarang masalah kewangan sama sekali. Saya ingin menzahirkan kepada semua pendeposit, pencarum (bahawa) TH tidak ada sebarang masalah kewangan...kita tak rugi dan kita tak perlu kerajaan datang bantu kita dari sudut kewangan.
"Saya ingin maklumkan memang seperti lazimnya pada suku tahun pertama, TH akan mengumumkan dividen dalam masa terdekat sebelum Tahun Baru Cina, sebelum minggu pertama bulan kedua...ini memang dalam takwim kita," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
BACA: Simpanan di Tabung Haji selamat, bonus diumum Februari
Mengulas lanjut, Abdul Azeez berkata prestasi kukuh TH itu turut membolehkannya membiayai subsidi jemaah haji tahun ini sebanyak RM160 juta, berbanding RM150 juta pada tahun lepas.
Sekiranya TH benar-benar mengalami kerugian seperti didakwa sesetengah pihak, tidak mungkin ia mampu membiayai jumlah subsidi berkenaan, katanya.
"Tahun ini kos (menunaikan haji) sebanyak RM18,980 dan TH hanya mengambil caj kos sebanyak RM9,980.
"Setiap jemaah kali pertama akan mendapat subsidi sebanyak RM8,910. (Jadi) mana mungkin kita boleh tanggung kalau rugi," katanya.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan mengenai surat Bank Negara Malaysia (BNM) bertarikh 23 Dis 2015 bahawa tahap rizab TH mencecah paras negatif yang turut menggugat kemampuannya membayar dividen seperti lazimnya.
Namun Pengarah Urusan Kumpulan TH, Tan Sri Ismee Ismail dalam satu kenyataan semalam berkata prestasi kewangan TH adalah baik disokong oleh aset-asetnya yang kukuh, termasuk aset tunai TH sebanyak RM10.7 bilion setakat 31 Disember 2015.
Mengulas surat BNM, Abdul Azeez berkata, bank pusat itu tidak mengambil kira nilai keseluruhan pelaburan TH dalam sektor-sektor lain.
"Saya ingin memaklumkan (bagi) kiraan nilai aset TH, kita dah ambil kira secara saksama portfolio pelaburan TH. Ini kerana nilai aset yang diberitahu BNM tidak mengambil kira pelaburan saham anak syarikat TH atau syarikat bersekutu serta aset hartanah dan perladangan," katanya.
Menurutnya, BNM juga telah mengeluarkan satu kenyataan semalam bahawa TH telah mengambil tindakan sewajarnya bagi meningkatkan prestasi kewangannya.
Sehubungan itu, Abdul Azeez berkata, beliau telah berbincang dengan pihak peguam bagi meneliti kebocoran surat BNM kepadanya serta tindakan susulan yang perlu diambil.
Bernama
Wed Jan 27 2016
Kata Azeez Sekiranya TH benar-benar mengalami kerugian seperti didakwa sesetengah pihak, tidak mungkin ia mampu membiayai jumlah subsidi berkenaan, katanya. - Gambar Fail
Giliran Nik Nazmi bentang profil kemudi KLFA
Selepas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tawar diri, kini Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam pula akan bertanding jawatan Presiden KLFA.
Tanah jerlus Masjid India: 72 jam berlalu tanpa petunjuk baharu
Operasi malam tadi, yang diselaras oleh pasukan IWK masih berjalan.
Tanah jerlus: Nga akan cadang pemetaan utiliti dalam mesyuarat KPKT
Nga Kor Ming akan mencadangkan PBT, agensi terlibat serta syarikat utiliti bekerjasama melaksanakan pemetaan utiliti bawah tanah.
PABM tidak puas hati pencapaian pelapis kebangsaan di SUKMA 2024
Sembilan rekod kebangsaan mungkin telah diperbaharui di pentas SUKMA 2024 yang berakhir semalam dan pencapaian ini sepatutnya menjadi khabar gembira buat PABM.
Inisiatif tingkat kesedaran berkoperasi dalam masyarakat diperluaskan - Ewon
Inisiatif meningkatkan kesedaran berkoperasi dalam kalangan masyarakat akan diperluaskan ke seluruh negara menerusi penganjuran MASKOP.
Selangor bangun KUSEL untuk selaras, susun sistem pemetaan utiliti bawah tanah - MB
Selangor telah membangunkan Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) sejak 2020 bagi menyelaras dan menyusun sistem pemetaan utiliti di bawah tanah negeri ini.
Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030 - KPKM
Prestasi eksport durian negara dari 2018 hingga 2022 menggalakkan dengan nilai eksport melonjak 256.3 peratus atau peningkatan RM822.8 juta.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
JHEV perhalusi kenaikan kos bina rumah baharu veteran ATM
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang memperhalusi kenaikan kos pembinaan rumah baharu untuk veteran atau waris anggota tentera.
Insiden tanah jerlus perlukan siasatan peringkat tinggi, langkah pencegahan - Lee
Lee berkata insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India memerlukan siasatan menyeluruh bagi menentukan puncanya dan pelaksanaan langkah berkesan untuk mencegah perkara itu daripada berulang.
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.