Mendisiplinkan diri dengan tidak melambatkan solat serta rajin membaca Al-Quran setiap kali sebelum mengulangkaji pelajaran.
Itu adalah kunci kejayaan Maslissa Mansor, 20 tahun, yang berjaya mendapat keputusan 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018.
Maslissa, anak bongsu dari enam beradik merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman di Beseri, Perlis.
Sungguh pun bukan berasal dari keluarga senang dan tidak pernah mengikuti kelas tambahan di luar sekolah, Maslissa tetap bersikap seadanya dan enggan menyusahkan kedua ibu bapa yang hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak seberapa.
Kerana itu, Maslissa memberikan tumpuan sepenuhnya ketika berada di dalam kelas.
BACA: Pencapaian STPM 2018 meningkat
Ketika menunggu keputusan STPM pun, Maslissa turut melakukan kerja sambilan sebagai persediaannya untuk memasuki universiti.
Kata Maslissa, tabungan itu dibuat sejak sekolah rendah, kerana menjadi impiannya menyambung pelajaran dan mengubah nasib keluarga.
“Alhamdulillah, sebab saya pun masa menunggu keputusan ni kan lama lagi masa untuk masuk ke universiti, (jadi) saya ada bekerja sambilan dan menabung sedikit untuk kegunaan sendiri sebagai persediaan,” katanya.
Kata ibunya, Aishah On, 63 tahun, dia dan suami, Mansor Mad Seman, 69 tahun pernah bergolok gadai membeli keperluan persekolahan dan buku rujukan untuk Maslissa.
Namun, mereka tidak menganggap itu sebagai bebanan malah berbangga dengan pencapaian Maslissa.
Kata mereka, segala pengorbanan terdahulu akhirnya berbaloi.
“Dia sembahyang tak tinggal dari awal, dari darjah satu… kami tekankan pendidikan cara Islam.
“(Dia) anak yang baik, tak melawan,” kata ibunya.
Maslissa antara 12 pelajar yang mendapat 4A dalam STPM 2018 di seluruh negeri Perlis.
Impiannya untuk bergelar seorang pendidik dan berhasrat meneruskan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak.
Salim Aziz
Mon Mar 11 2019
Maslissa antara 12 pelajar yang mendapat 4A dalam STPM 2018 di seluruh negeri Perlis. - Foto Astro AWANI
Pelajar bimbang tidak dapat biasiswa, dapat perhatian PM
Seorang pelajar UUM dari Sabah bimbang tidak akan menerima biasiswa kerana ibunya belum mendapat taraf permastautin tetap (PR).
Sabah peruntuk lebih RM100 juta untuk pembangunan sukan
Peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan negeri itu adalah bagi pentadbiran dan pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan sukan.
Terokai peluang peningkatan kemahiran, laluan kerjaya baharu di platform MyMAHIR
MyMAHIR akan memberikan huraian kerja, kemahiran asas dan khusus yang diperlukan bagi jawatan yang dipilih.
Mungkin kena Perang Dunia Ketiga baru Netanyahu dihukum - Penganalisis
Hanya Perang Dunia Ketiga yang mampu membawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Rakyat Malaysia diberi ingatan hujan lebat, risiko banjir di Selatan Thailand
Konsulat Malaysia di Selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan rancangan perjalanan ke wilayah itu kerana hujan lebat telah mencetuskan banjir yang meluas di beberapa kawasan.
Malaysia sasar dapatkan teknologi maju, pelaburan bagi proses REE - Rafizi
Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
PERDA giat persiap usahawan kuasai teknologi digital, media sosial
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) giat mempersiapkan usahawan di bawah bimbingan mereka untuk melengkapkan diri dengan penggunaan teknologi selaras perkembangan dunia digital.
Berita tidak sahih berisiko gugat kredibiliti media arus perdana - Pensyarah kewartawanan
Kewujudan pelbagai portal berita di media sosial dengan liputan yang semakin meluas menyebabkan usaha menangani berita tidak sahih semakin mencabar dan berisiko menggugat kedudukan media arus perdana.
MATRADE tingkat pemasaran digital, penjenamaan global PMKS Sarawak
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan program penanda aras bagi syarikat peringkat pertengahan (MTC).
Berkemampuan, disiplin tinggi pikat majikan gaji bekas banduan
Permintaan pekerja daripada golongan Orang Diparol dan Orang Bebas Berlesen di Melaka meningkat susulan kemampuan dan disiplin tinggi yang ditunjukkan mereka dalam pekerjaan.
Tak tinggal solat sejak usia 7 tahun, rahsia pelajar cemerlang STPM
Mendisiplinkan diri dengan tidak melambatkan solat serta rajin membaca Al-Quran setiap kali sebelum mengulangkaji pelajaran.