Bedah siasat terhadap kematian badak sumbu Sumatera jantan terakhir di Malaysia yang bernama Tam mendapati punca haiwan itu mati ialah akibat kegagalan jantung dan paru-paru.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Christina Liew berkata bedah siasat dijalankan oleh doktor haiwan Dr Zainal Zahari Zainuddin dan pasukannya dari Perikatan Rhino Borneo beberapa jam selepas kematian Tam pada tengah hari semalam dan kerja mereka berterusan hingga ke malam.
Beliau berkata buah pinggang kanan Tam terjejas dengan calculi-uremia yang teruk - yang menjejaskan semua organ dan penghasilan darah.
"Saluran darah utama pecah di dalam perut. Sebab kematian adalah kegagalan jantung dan paru-paru," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
BACA: Berita sedih buat Malaysia, Tam sudah tiada...
Beliau berkata pembengkakan mungkin disebabkan oleh jangkitan saluran kencing, yang dirawat dengan antibiotik intravena.
"Ubat-ubatan lain yang diberikan pada bulan Mei termasuk anti-radang, infus intravena vitamin dan mineral, ubat pengurangan asid perut dan penenang.
"Tisu dikumpulkan untuk ujian bakteriologi dan histopatologi, yang akan dilakukan di makmal bebas, dan keputusan mungkin mengambil masa beberapa minggu," katanya.
BACA: Malaysia, tolong doakan Tam...
Liew berkata umur Tam pada kematian tidak akan diketahui, kerana umur 35 tahun yang dicatatkan semasa penangkapannya pada tahun 2008 adalah cuma andaian yang munasabah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2019

Umur Tam pada kematian tidak akan diketahui, kerana umur 35 tahun yang dicatatkan semasa penangkapannya pada 2008 cuma merupakan andaian yang munasabah. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tam mati akibat kegagalan jantung dan paru-paru
Bedah siasat dijalankan oleh doktor haiwan Dr Zainal Zahari Zainuddin dan pasukannya dari Perikatan Rhino Borneo beberapa jam selepas kematian Tam pada tengah hari semalam.