KUALA LUMPUR: Jenazah seorang daripada mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak), Taman Selasih di sini pada 10 malam tadi.
Ibu Allahyarham, Siti Esah Hassan, 53, berkata jenazah Nurul Azwani Kamarulzaman, 31, dibawa ke tanah perkuburan selepas selesai solat jenazah di Masjid Abu Hurairah Kampung Batu 5, Jalan Ipoh di sini.
Siti Esah berkata Allahyarham merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang bekerja sebagai penolong kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Choong.
"Allahyarham menyertai perkhemahan itu kerana mengikut majikannya yang juga guru di sekolah tersebut dan dia sudah berjanji untuk pulang ke kampung selepas habis aktiviti perkhemahan itu.
"Rabu lepas, Allahyarham ada menghubungi saya pada malam sebelum hari kejadian untuk memberitahu dia sudah membeli tiket untuk pulang ke kampung di Kelantan yang sepatutnya semalam," katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah.
BACA: Tanah runtuh Batang Kali: Jenazah Allahyarham Nurul Azwani dikebumi di Gombak
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Satu mayat kanak-kanak perempuan ditemukan, angka korban 24
Allahyarham merupakan antara 24 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat.
Setakat 9 malam ini, seramai sembilan mangsa masih hilang manakala 61 lagi berjaya diselamatkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2022
Ahli keluarga dan sahabat handai yang hadir mengaminkan bacaan doa pada pengebumian Allahyarham Nurul Azwani Kamarulzaman di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh malam ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Palestin gesa PBB bertindak hentikan genosid di Gaza
Mustafa menyeru pihak antarabangsa memberikan tekanan yang lebih agar Israel bertanggungjawab atas jenayahnya.
Potensi eksport Malaysia, aliran masuk FDI dijangka lebih cerah dengan kemenangan Trump
Perkara itu melibatkan sektor terutamanya elektronik, jentera, dan minyak sawit.
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
Tanah runtuh Batang Kali: Waris Nurul Azwani layak terima bantuan faedah Perkeso - Sivakumar
Waris kepada Allahyarham Nurul Azwani Kamarulzaman yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali layak menerima bantuan faedah Perkeso.
Tanah runtuh Batang Kali: Jenazah Nurul Azwani, mangsa pertama tragedi selamat dikebumi
Jenazah Nurul Azwani dibawa ke tanah perkuburan selepas selesai solat jenazah di Masjid Abu Hurairah Kampung Batu 5, Jalan Ipoh.
Tanah runtuh Batang Kali: Jenazah Allahyarham Nurul Azwani dikebumi di Gombak
Allahyarham Nurul Azwani antara enam mangsa terkorban yang telah dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini.