"Ketika sedang mengemas gerai tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang amat kuat dan bila berpusing ke arah bunyi itu, dalam samar-samar saya lihat kereta berhampiran seolah-olah ditarik sesuatu, satu-persatu jatuh ke bawah, ia amat mengerikan".
Pengalaman itu diceritakan oleh saksi kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit di Taman Idaman, Serendah di sini, yang berlaku kira-kira 1 pagi tadi ketika kebanyakan penghuni sedang tidur.
Pemilik gerai, Normah Ninggal, 48, berkata ketika itu beliau baru selesai berniaga pada 12.30 tengah malam dan sedang mengemas gerai yang terletak di belakang kawasan rumahnya.
"Anak-anak saya berada di gelanggang sepak takraw di sebelah rumah. Saya panggil mereka untuk masuk tidur dan ketika itulah tanah runtuh berlaku," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya dia dan anak-anaknya tergamam saat melihat pokok di belakang rumahnya bergoyang dan merasai tanah mula bergegar sebelum runtuh lalu membentuk sebuah lubang yang sangat luas.
BACA: 1 cedera dalam insiden tanah runtuh Serendah
Normah berkata beberapa buah kereta yang diletak berhampiran mulai berpusing sebelum ditarik ke runtuhan besar itu lalu dia dan anak-anaknya yang berumur 16 hingga 25 tahun segera berlari ke bahagian hadapan rumah untuk menyelamatkan diri.
"Ia berlaku sangat pantas...sangat menakutkan kerana tiada tanda-tanda yang jalan atau tanah di kawasan berkenaan retak sebelum ini," katanya.
Katanya, meskipun gerai masakan panasnya itu turut musnah, beliau bersyukur kerana semua anggota keluarganya selamat dan tiada pelanggan di gerai ketika kejadian berlaku.
Seorang lagi penduduk, Amirul Hakim, 18, berkata beliau terkejut melihat bagaimana kereta dan gerai jatuh satu-persatu ke kawasan runtuhan kira-kira seluas satu padang bola itu.
"Kejadian itu sangat menakutkan, kami dapat dengar pergerakan tanah. Kejadian ini kali pertama berlaku di kawasan Serendah ini," katanya.
Kejadian tanah runtuh awal pagi tadi itu menyebabkan seorang penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, cedera dipercayai mengalami patah tangan dan kaki dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian itu, kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah gerai makan di kawasan itu jatuh ke lereng bukit berdekatan.
Tinjauan Bernama mendapati pihak polis sudah mengarahkan penduduk di kawasan sekitar kejadian tanah runtuh itu untuk mengosongkan rumah masing-masing manakala jalan utama Taman Idaman telah ditutup.
Difahamkan masih terdapat pergerakan tanah di kawasan itu. - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2016
Kenderaan ditarik ke dalam runtuhan seluas padang bola. - Sumber foto JBPM
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Tanah runtuh Serendah: Mengerikan, gerai dan kereta ditarik ke runtuhan seluas padang bola
"Ketika sedang mengemas gerai tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang amat kuat dan bila berpusing ke arah bunyi itu, dalam samar-samar saya lihat kereta berhampiran seolah-olah ditarik sesu