Wujud pergerakan tanah setiap sejam di sekitar kawasan Taman Idaman mengakibatkan usaha membaikpulih dan pemeriksaan kawasan terjejas tergendala.
Tinjauan Astro AWANI mendapati wujud beberapa rekahan baru dalam tempoh beberapa jam selepas kejadian berlaku dan meningkatkan kebimbangan wujud lebih banyak runtuhan tanah.
Sementara itu, kesemua 340 penghuni dari 64 keluarga di sini telah berpindah ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Rendah Agama Serendah sekitar jam 2 petang tadi setelah polis memberi jaminan akan keselamatan harta benda mereka, jelas Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan, Supramaniam Ramasamy.
Terdahulu, penduduk di 24 rumah berpindah pada jam 10 pagi setelah berlaku tanah runtuh berhampiran kediaman mereka yang telah memusnahkan tujuh unit rumah kedai dan turut menyebabkan kerosakan beberapa buah kenderaan penduduk.
BACA: 1 cedera dalam insiden tanah runtuh Serendah
Sementara itu, satu jawatankuasa kerja bagi menguruskan insiden tanah runtuh ini akan ditubuh membabitkan beberapa agensi seperti Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Selangor, Leftenan Kolenel Khairil Izzwan Abd Rahman memberitahu pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mengenal pasti lokasi bagi membina dua laluan lencongan untuk memudahkan pergerakan lebih 1,000 penduduk di Taman Melur, Taman Anggerik dan Perkampungan Orang Asli Serendah yang kini terputus laluan ke jalan utama.
BACA: Tanah runtuh Serendah: Mengerikan, gerai dan kereta ditarik ke runtuhan seluas padang bola
Dalam perkembangan sama, Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor Zaidi Abdul Talib memaklumkan tumpuan pihaknya kini untuk bagi mengenal pasti pergerakan tanah di kawasan insiden.
Tambahnya, pihaknya juga sedang melaksanakan draf peruntukan untuk memudahkan penyaluran bantuan kepada mangsa terjejas.
BACA: Taman Idaman, Serendah diisytihar zon merah - polis
Setakat ini, sejumlah 22 dari 64 keluarga belum melaporkan diri kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, menurut Ramasamy.
Beliau turut berkata pihak berkuasa akan mengambil selama 3 ke 4 hari untuk menyiapkan laporan kejadian tanah runtuh. Proses membaikpulih jalan raya akan mengambil masa seminggu ke 10 hari.
Sidang media akan diadakan pada 12 tengahari Ahad di pusat pengurusan operasi.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Nov 26 2016

Pihak berkuasa juga sedang melaksanakan draf peruntukan bagi tujuan penyaluran bantuan kepada mangsa terjejas. - Gambar JBPM
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Perhilitan Selangor sahkan kehadiran buaya di Tasik Kiambang
Perhilitan Selangor mengesahkan kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang, Serendah susulan menerima aduan awam berkaitan kelibat reptilia tersebut.

Lebih banyak projek infra rakyat akan dilaksanakan - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata lebih banyak projek infrastruktur rakyat seperti Jalan Pintas Rawang yang dibuka kepada pengguna hari ini, akan dilaksanakan kerajaan.

Tanah runtuh Serendah: 22 keluarga belum lapor diri kepada JKM
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Supramaniam Ramasamy berkata, beliau memohon 22 keluarga tersebut untuk laporkan diri kepada JKM bagi tujuan pengumpulan statistik.

Tanah runtuh Serendah: Mangsa cedera dilaporkan stabil
Menceritakan kembali detik kejadian, Fareez berkata keadaan jalan yang gelap, menyebabkan dia tidak menyedari kawasan yang dilaluinya runtuh.

Tanah runtuh Serendah: Wujud pergerakan tanah setiap sejam
Tinjauan Astro AWANI mendapati wujud beberapa rekahan baru dalam tempoh beberapa jam, lantas meningkatkan kebimbangan wujud lebih banyak runtuhan tanah.

Taman Idaman, Serendah diisytihar zon merah - polis
Sehubungan itu pihaknya telah mengarahkan 340 penduduk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Serendah.

Tanah runtuh Serendah: 340 penduduk diarah pindah
Arahan dikeluarkan bagi membolehkan jawatankuasa teknikal memeriksa struktur di kawasan berkenaan.

Tanah runtuh Serendah: Kerja pembaikan jalan diambil alih JKR - Azmin Ali
Kerajaan Negeri mahu tindakan yang proaktif diambil segera untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.