Kecurigaan seorang warga emas dengan kemunculan sekumpulan individu yang tidak dikenali di kawasan sawah padi di Bukit Rambai, Melaka terjawab.
Ini selepas menemui bungkusan kain berwarna putih dipercayai mengandungi janin yang ditanam berhampuran pokok di tepi sawah berkenaan.
Penduduk kampung yang juga saksi kejadian, Ajmihat Kudus berkata, sudah menjadi kebiasaan selepas solat subuh memotong rumput berhampuran rumah untuk dijadikan makanan angsa peliharaannya.
Namun ketika kejadian, warga emas berusia 70 tahun itu terdetik untuk menukar lokasi mencari rumput di kawasan sawah miliknya sebelum terserempak dengan sekumpulan tiga lelaki yang tidak dikenali sekitar pukul 8 pagi yang sedang menggali lubang.
Dia kemudian bertanyakan kepada mereka sebelum salah seorang cuba menjawab, keberadaan mereka di situ hanyalah untuk mencari tanah hitam.
Bagaimanapun, melihat peralatan seperti cangkul dan satu kotak berwarna cerah yang dibawa kumpulan lelaki itu membuatkan warga emas berkenaan berasa curiga dan berpura-pura terus memotong rumput.
"Saya curiga dengan tindakan mereka itu namun saya berpura-pura potong rumput.
"Sebaik selesai urusan, mereka lalu di hadapan saya dan saya terus mengambil nombor pendaftaran motosikal salah seorang daripada mereka," kata Ajmihat.
Warga emas itu kemudian bergegas ke tempat yang digali sebelum terlihat kesan yang mencurigakan lalu menghubungi pihak polis.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menerima laporan sekitar pukul 11 pagi Ahad.
Ujarnya siasatan sedang giat dijalankan bagi mengetahui usia janin dan mengesan suspek yang disyaki terlibat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Jan 14 2019

Siasatan sedang giat dijalankan polis bagi mengetahui usia janin dan mengesan suspek. - Astro AWANI/Shuhada Abdul Kadir

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

KBS pertimbang gunakan teknologi dan inovasi dalam sukan untuk tarik tajaan korporat
Kementerian Belia dan Sukan sedang mempertimbangkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam sukan.
Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan
Kebakaran sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat kepada fenomena jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara, seterusnnya boleh memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan masyarakat.
Malaysia akan cadang inisiatif AI kepada Sekretariat ASEAN
Speaker Dewan Rakyat yang juga Presiden Perhimpunan Agung antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46, Tan Sri Johari Abdul berkata Malaysia akan mencadangkan inisiatif kecerdasan buatan (AI) kepada Sekretariat ASEAN untuk kemajuan serantau.

3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat sehingga 15 Feb lepas - Fahmi
Sejumlah 3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat dari 2022 sehingga 15 Feb lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan buka tirai
Lintas langsung bersama wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir yang mengikuti sesi pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Pulau Pinang.
Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) bermula pada Selasa
Sesi Permukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) bermula pada Selasa di Batu Feringhi sehingga 27 Februari akan datang dengan kehadiran Menteri-menteri dan pegawai dari negara-negara anggota.
Pantau Agenda Reformasi: Apa tindakan selepas laporan Ketua Audit?
Pantau Agenda Reformasi bersama Datuk Seri Akhbar Sattar memberikan analisis mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan pada Selasa

PERKESO perkasa program Rawatan Bencana Kerja, manfaatkan pencarum Akta 4
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkasa Program Rawatan Bencana Kerja (RBK) bagi memudahkan urusan serta meringankan beban pencarum yang mengalami kemalangan di tempat kerja.
#AWANIByte: HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet terbaharu dengan prestasi PC
Huawei melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci yang dilengkapi HUAWEI M-Pencil (Gen 3) powered by NearLink, ia menyokong 16,384 tahap kepekaan tekanan untuk ketepatan lukisan dan penulisan yang lebih semula jadi. HUAWEI Smart Magnetic Keyboard pula membolehkan mod Split Form, Laptop Form, dan Studio Form, sesuai untuk multitasking.
Dengan PC-Level WPS Office dan sistem 3D Heat Dissipation Architecture, tablet ini memberikan prestasi tinggi sambil mengekalkan suhu optimum. Bateri 10,100mAh dengan HUAWEI SuperCharge Turbo 100W membolehkan pengecasan 80% dalam 40 minit dan 100% dalam 65 minit.
Tablet flagship ini juga dilengkapi dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman visual yang lebih bagus.
Pra-pesan kini pada harga RM4,999 dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM2,744!
Dengan PC-Level WPS Office dan sistem 3D Heat Dissipation Architecture, tablet ini memberikan prestasi tinggi sambil mengekalkan suhu optimum. Bateri 10,100mAh dengan HUAWEI SuperCharge Turbo 100W membolehkan pengecasan 80% dalam 40 minit dan 100% dalam 65 minit.
Tablet flagship ini juga dilengkapi dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman visual yang lebih bagus.
Pra-pesan kini pada harga RM4,999 dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM2,744!

Tanam janin di tepi sawah, tiga individu dijejaki
Tiga individu yang kononnya mencari tanah hitam namun sebenarnya menanam bungkusan kain berwarna putih yang mengandungi janin.