Usaha pemadaman tiga buah tangki simpanan dengan lebih 20,000 liter padu minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC) masih giat dilaksanakan pagi ini.
Kebakaran yang berlaku di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman itu bermula jam 6.15 petang Khamis, mengakibatkan sebahagian besar kawasan kilang diliputi asap hitam.
Sehingga jam 11 pagi ini, kerja-kerja pemadaman masih dijalankan anggota jabatan bomba dan penyelamat.
Kebakaran yang direkodkan paling besar berlaku di Terengganu setakat ini turut mencederakan seorang mangsa.
Sinar Harian melaporkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, mangsa yang cedera merupakan pekerja syarikat kontraktor, Rosli Muhamad, 42, tahun.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakannya dipercayai sedang melakukan kerja-kerja kimpalan dan di tangki minyak mentah berkenaan
Kebakaran turut mengakibatkan letupan kuat sekitar kawasan kejadian.
"Akibat kejadian itu mangsa yang melecur muka dan tangan dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya.
Azlimin berkata beberapa letupan kuat turut berlaku, dengan gegarannya dapat dirasai di kawasan sekitar.
Menurutnya, tangki pertama berkapasiti 4,800 meter padu terbakar dan merebak ke tangki kedua yang berkapasiti 1,582 meter padu dan tangki ketiga dengan kapasiti 13,679 meter padu.
Katanya, dua daripada tangki berkenaan terbakar 100% dan usaha memadamkan kebakaran di tangki ketiga dijalankan di bahagian bumbung.
Azlimin berkata, pihaknya menggunakan 8,000 liter buih yang dibekalkan KBC manakala 6,000 liter buih disediakan JBPM Terengganu.
Sementara itu, sumber air diperoleh dari Syarikat Air Terengganu (SATU) selain sumber air dari Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (KSB).
Menurutnya, operasi pemadaman kebakaran melibatkan 78 pegawai dan anggota JBPM Terengganu dari 11 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dengan bantuan 33 anggota JBPM Pahang dari empat BBP.
Tambahnya, pihaknya turut dibantu seramai 16 anggota pasukan khas Emergency Response Team (ERT) dari KBC dan 25 anggota dari KSB dan tujuh agensi lain termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Astro Awani
Fri Jul 06 2018
Tangki minyak mentah milik KBC terbakar di kawasan Perindustrian Teluk Kalong pada petang Khamis, 5 Julai, 2018. --fotoBERNAMA
Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba
Siasatan menyeluruh sudah dilakukan di lokasi kejadian berlaku antara 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari baru-baru ini.
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
Filem animasi Dongeng Sang Kancil lahir bakat tempatan
Semua penyelidikan dan pembangunan filem ini dibuat oleh kru Les Copaque Production yang kesemuanya merupakan anak seni tempatan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Jawatankuasa khas siasat punca kebakaran KBC
Siasatan terperinci oleh jawatankuasa khas tersebut akan dilakukan sejurus operasi pemadaman selesai.
Tangki minyak terbakar: Seorang cedera, usaha pemadaman masih berjalan
Kebakaran yang berlaku di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman itu bermula jam 6.15 petang Khamis, mengakibatkan sebahagian besar kawasan kilang diliputi asap hitam.
Jangan asyik buat 'live video' - Bomba
Tindakan sedemikian bukan sahaja melambatkan penyampaian maklumat untuk menyelamat tetapi juga boleh mengundang kecelakaan yang tidak diingini.
Bapa maut selepas selamatkan anak dari rentung
Tindakan seorang bapa untuk menyelamatkan anaknya dari rentung dalam kejadian kebakaran rumah mereka di Kampung Kuala Ibai berakhir tragedi apabila mangsa dilaporkan sesak nafas lalu meninggal dunia.
Cuaca panas: Bomba Terengganu sedia hadapi ancaman kebakaran hutan
Antara lokasi sering berlaku kebakaran ialah kawasan hutan dan tanah gambut di Kampung Tok Kah di Dungun, Lembah Bidong, Setiu dan kawasan hutan di Kerteh, Kemaman.