PENTADBIRAN Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (Federal Aviation Authority – US FAA) turunkan penilaiannya terhadap keselamatan penerbangan Malaysia dari Kategori 1 ke Kategori 2.
Keputusan turun-taraf itu dilapor oleh Reuters tanpa mendedahkan sumber maklumat dan kini tersebar meluas setelah diulang lapor oleh media antarabangsa.
Apabila bertemu wartawan di Putrajaya malam Isnin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau belum diberitahu tentang tindakan FAA itu.
Penurunan taraf dari Kategori 1 ke Kategori 2 mempunyai implikasi kepada usaha mana-mana syarikat penerbangan yang berpengkalan di Malaysia yang mempunyai hasrat membuka laluan baharu ke destinasi di bawah pentadbiran FAA.
Ini juga mempunyai implikasi kepada mana mana syarikat penerbangan yang berkongsi kod dengan syarikat penerbangan negara.
Setakat ini, tiada pihak terlibat di Malaysia dilapor membuat sebarang kenyataan. Astro AWANI difahamkan bahawa Kementerian Pengangkutan sedang menunggu sebarang kenyataan susulan FAA sebelum membuat kenyataan balas.
Menurut pemerhati industri penerbangan, tindakan FAA ini tidak bermaksud pentadbiran dan operasi pesawat berpengkalan di Malaysia adalah tidak selamat. Penurunan taraf ini hanya berdasarkan pendapat pihak FAA tentang tahap kawal-selia industri penerbangan di satu satu negara.
Pihak FAA sendiri tidak kebal dari kritikan ekoran kemalangan melibat pesawat 737 Max yang mengorbankan nyawa Penerbangan Lion Air dan Ethiopian Airways.
Bagi tujuan pernilaian tindakan FAA, Indonesia dan Vietnam dilaporkan berada di Kategori 1.
Sementara itu, Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malasia (Civil Aviation Authority Malaysia – CAAM) Kapt Ahmad Ridzwan Mohd Salleh melalui satu kenyataan malam Isnin menyifatkan tindakan FAA ini bukan cerminan prestasi mana mana syarikat Penerbangan, Lapangan Terbang mahupun Perkhidmatan Trafik Udara di bawal kawal seliaannya.
Tambah Kapt Ahmad Ridzwan, CAAM sudah membuat permintaan pihak FAA membuat pernilaian semula dalam masa 12 bulan bagi tujuan menaik taraf kembali ke Kategori 1. Mengikut CAAM, usaha sedang berjalan untuk tindakan yang bersesuaian untuk tujuan ini.
Razak Chik
Mon Nov 11 2019
Penurunan taraf ini juga mempunyai implikasi kepada mana mana syarikat penerbangan yang berkongsi kod dengan syarikat penerbangan negara. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Pemandu treler didakwa esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [17/11/2024] – Laungan perdagangan bebas dan adil | Rasuah perolehan projek mineral | Filipina tingkat tuntutan terhadap Sabah | Pendirian tolak Israel
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dari APEC ke G20, Malaysia bimbang trend sekatan perdagangan negara kuasa besar
- SPRM rakam keterangan lima Adun Sabah, Hajiji pula minta Sabah bersatu
- Walau apapun jadi, peta Malaysia tidak akan berubah, Filipina lulus akta baharu
- Tindakan tegas kalau fitnah PM sokong Israel, kata Saifuddin
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dari APEC ke G20, Malaysia bimbang trend sekatan perdagangan negara kuasa besar
- SPRM rakam keterangan lima Adun Sabah, Hajiji pula minta Sabah bersatu
- Walau apapun jadi, peta Malaysia tidak akan berubah, Filipina lulus akta baharu
- Tindakan tegas kalau fitnah PM sokong Israel, kata Saifuddin
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Malaysia komited bantu isu halal, martabat Islam di Brazil - PM
Malaysia juga kata Anwar, akan menggerakkan usaha membantu aktiviti masjid tunggal di Rio de Janeiro iaitu Masjid Luz.
PTPTN akan keluar kenyataan rasmi berhubung cadangan henti pembiayaan - Zambry
Zambry berkata, PTPTN akan berbuat demikian setelah meneliti beberapa aspek dan faktor secara menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan.
Angka kematian di Semenanjung Gaza meningkat kepada 43,846, cedera 103,740
Pasukan pendudukan Israel melakukan enam pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Georgia disimbah cat hitam
Giorgi Kalandarishvili diserang oleh seorang pegawai parti pembangkang, David Kirtadze pada mesyuarat badan pilihan raya Georgia di Tbilisi.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti
Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berhubung cabaran semasa yang dihadapi pasukan polis.
Jam saku diberikan kepada kapten bot selamatkan penumpang Titanic, dijual pada harga GBP1.56 juta
Ia adalah jumlah tertinggi yang pernah dibayar untuk memorabilia Titanic, menurut rumah lelongan Henry Aldridge and Son.
Xi adakan pertemuan dengan Biden di Lima
Xi menyatakan kepada Biden bahawa dalam empat tahun kebelakangan ini, hubungan China-AS mengalami pasang surut.
Taraf keselamatan penerbangan: Amerika 'tendang' Malaysia satu tangga
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat turunkan kawa selia dan tahap pengurusan keselamatan penerbangan negara dari Kategori 1 ke Kategori 2.