Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kerajaan untuk menggugurkan saranan supaya mengalakkan golongan berpendapatan rendah memiliki dua kerja dalam satu masa.
Setiausaha Agungnya, N Gopal Krishnam berkata, cadangan asal oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan itu dilihat berpotensi menjejaskan keluarga dan kesihatan pekerja.
"Kajian mendapati memiliki dua pekerjaan boleh membawa impak negatif ke atas kesihatan, produktiviti dan masa bersama keluarga seseorang pekerja.
"MTUC menggesa Kerajaan supaya memikirkan pendekatan dan merumuskan strategi berkesan bagi memastikan pekerja sama ada sektor swasta atau awam untuk meraih pendapatan mencukupi untuk keluarga serta diri mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Ahmad Maslan membuat saranan itu sebagai salah satu langkah untuk menangani peningkatan kos sara hidup.
Ahmad Maslan turut menjelaskan memiliki dua pekerjaan bukan perkara yang asing dan dilakukan di serata dunia.
Dalam pada itu kata N Gopal, pihaknya akan membawa isu berkenaan ke perhatian Kementerian Sumber Manusia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari kaedah menaikkan gaji pekerja.
"Kita berharap kerajaan menarik balik saranan itu dan tidak mengalakkan rakyat memiliki dua pekerjaan.
"Kita juga berharap pertubuhan majikan untuk tidak menyokong saranan berkenaan," ujarnya.
Wan Syamsul Amly
Mon Dec 28 2015

N Gopal Krishnam berkata, cadangan asal oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan itu dilihat berpotensi menjejaskan keluarga dan kesihatan pekerja. -Gambar fail

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Ahmad Maslan mahu popularkan #tambahpendapatan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mahu mempopularkan hastag baharu yang dikenali dengan #tambahpendapatan.

Ahmad Maslan kongsi petua #TambahPendapatan
Datuk Ahmad Maslan berkongsi petua untuk menjana pendapatan tambahan menerusi hashtag #TambahPendapatan di akaun Twitter.

#2Kerja: Bersedialah, prospek kerja 2016 muram - MEF
Situasi ekonomi yang mencabar bakal menyaksikan syarikat-syarikat besar mengurangkan pekerja dan tiada pengambilan pekerja-pekerja baharu.

#2kerja: 67 peratus netizen tolak dua kerja sebagai azam tahun baharu
Undian kelolaan AWANI menunjukkan majoriti netizen tidak bersetuju untuk melibatkan diri dengan dua kerja menjelang tahun 2016.

#2kerja: Ahmad Maslan mengaku ada tiga kerja, netizen sekolahkan makna kerja dan jawatan
Kenyataan itu menerima kritikan netizen yang menyifatkan ia tidak menggambarkan maksud sebenar tiga kerja.

'Isu #2kerja sudah terlampau melarat' - Ahmad Maslan
Isu #2kerja disifatkan sudah terlampau melarat dan lari daripada konteks asal seperti yang disyorkan pada awalnya.

'Produktiviti kakitangan awam akan terjejas jika buat #2kerja' - CUEPACS
Produktiviti kakitangan awam yang melakukan dua kerja dibimbangi akan terjejas kerana melakukan tugasan melebihi kemampuan diri.

'Tarik segera cadangan #2kerja' - MTUC
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kerajaan untuk menggugurkan saranan supaya mengalakkan golongan berpendapatan rendah memiliki dua kerja dalam satu masa.

UNDIAN: #2kerja sebagai azam tahun baharu?
Bersediakah anda memulakan #2kerja pada tahun baharu ini?

#2Kerja: 'Lakukan dua kerja bukan sesuatu yang luar biasa' - Ahmad Maslan
Realiti kehidupan masa kini memaksa individu berpendapatan rendah melakukan dua pekerjaan bagi menjana kewangan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.