Rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran dalam Pengajian Jepun dan Latihan Perguruan di Jepun dipelawa memohon Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) yang kini dibuka sehingga 5 Februari.
Kedutaan Jepun dalam satu kenyataan berkata semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 117,000 Yen (RM4,400) akan diberi kepada setiap penerima biasiswa Pengajian Jepun dan 143,000 Yen (RM5,400) kepada penerima biasiswa Latihan Perguruan.
Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan, dan tiket kapal terbang pergi dan balik juga disediakan, menurut kenyataan itu.
Bagi Pengajian Jepun (kursus non-degree setahun bermula Oktober 2016), antara syarat-syarat yang perlu diikuti untuk memohon biasiswa itu adalah pemohon mestilah siswazah tahun 2 atau 3 (bukan pelajar tahun akhir) yang major dalam Bahasa atau Kebudayaan Jepun di mana-mana universiti selain universiti di Jepun.
"Permohonan mesti sampai di kedutaan Jepun di Malaysia sebelum pukul 4 petang pada 5 Feb. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-21772600 (ext 157/146) atau layari http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/education/scholarship/scholarship.htm
"Bagi Latihan Perguruan (kursus non-degree satu setengah tahun bermula Oktober 2016), pemohon mestilah siswazah universiti atau maktab perguruan yang telah bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau menengah atau staf akademik di maktab perguruan dengan sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman bekerja," menurut kenyataan itu.
Permohonan pula harus dibuat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari http://www.jpa.gov.my atau hubungi Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan di 03-8885-3546 atau [email protected].
Kedutaan Jepun akan menghubungi pemohon yang memenuhi syarat sahaja (melalui emel dan surat) untuk menghadiri temuduga yang dijangka berlangsung pada akhir Februari atau awal Mac depan, tambah kenyataan itu.
Bernama
Wed Jan 13 2016

Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 117,000 Yen (RM4,400) akan diberi kepada setiap penerima biasiswa Pengajian Jepun dan 143,000 Yen (RM5,400) kepada penerima biasiswa Latihan Perguruan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye tawar biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia - Mohd Na'im
Permohonan dibuka sehingga 28 Feb, sekali gus memberikan peluang kepada pencinta ilmu di Malaysia untuk menyambung pengajian di Turkiye.

Pelajar bimbang tidak dapat biasiswa, dapat perhatian PM
Seorang pelajar UUM dari Sabah bimbang tidak akan menerima biasiswa kerana ibunya belum mendapat taraf permastautin tetap (PR).

Malaysia tawar dua biasiswa kepada pelajar Peru
Malaysia menawarkan dua biasiswa kepada pelajar Peru untuk melanjutkan pengajian di Malaysia tahun depan.

Al-Azhar setuju tawar biasiswa bagi pelajar Malaysia cemerlang dalam tiga bidang
Persetujuan itu merupakan sebahagian daripada usaha memperluaskan akses pendidikan kepada pelajar dari Malaysia.

Permohonan untuk program biasiswa kerajaan Rusia kini dibuka untuk warga Malaysia
Program Biasiswa Kerajaan Rusia untuk pengambilan 2025/2026 kini dibuka untuk permohonan daripada semua warganegara Malaysia yang layak.

Maxis lancar Program Biasiswa 2024, tumpu subjek STEM
Program itu menggabungkan bantuan kewangan dengan pendedahan industri bagi membolehkan pelajar mencapai aspirasi mereka.

Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.

UNITAR sedia biasiswa RM1 juta kepada anak Pulau Pinang tahun ini
Biasiswa itu meliputi yuran pengajian dan penginapan untuk keseluruhan tempoh pengajian di universiti berkenaan.

Zahir sokongan, KUSKOP tawar pembiayaan pengajian kepada pelajar Palestin
KUSKOP menawarkan pembiayaan pengajian dalam bidang koperasi sekurang-kurangnya kepada tiga pelajar Palestin.

Menteri Pendidikan Arab Saudi nyata komitmen naikkan biasiswa pelajar Malaysia
Menteri Pendidikan Arab Saudi Dr Yousef Abdullah Al-Benyan menyatakan komitmen untuk menaikkan biasiswa Kerajaan Arab Saudi kepada pelajar Malaysia.