Buat julung-julung kalinya, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menganjurkan Karnival Perumahan Mampu Milik (KPMM) - Ekspo Hartanah dan Perumahan Malaysia (MAPEX).
Berlangsung dari 11 hingga 13 Ogos di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), karnival ini merupakan inisiatif kerajaan dan REHDA dalam usaha untuk membantu rakyat dalam pemilikan rumah di samping memberi peluang kepada orang ramai meninjau pilihan pemilikan rumah yang terdapat di pasaran kini.
Rumah mampu milik yang berharga di bawah RM500,000 akan menjadi tumpuan karnival ini.
“Ekspo hartanah dan perumahan anjuran REHDA sebelum ini kebanyakannya hanya mempamerkan rumah yang dibina oleh pemaju swasta tetapi melalui jalinan kerjasama strategik di mana kerajaan-kerajaan negeri turut mengambil bahagian, lebih banyak rumah mampu milik terutamanya di bawah kelolaan kerajaan dapat dikumpul di bawah satu bumbung dan ditawarkan kepada pembeli,” ujar Datuk Ng Seing Liong, Pengerusi Jawatankuasa MAPEX 2017.
Rumah mampu milik yang akan dipamerkan bukan sahaja tertumpu di kawasan Lembah Klang, malah juga di beberapa negeri lain seperti Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Pulau Pinang dan Kelantan.
Selain itu, KPMM-MAPEX turut menawarkan hartanah di pasaran terbuka dengan diskaun menarik oleh pemaju seperti diskaun Bumiputera dan rebat pembelian.
“REHDA yakin dengan sokongan jitu dari kerajaan, agensi-agensi dan para pemaju swasta serta orang ramai, KPMM-MAPEX akan dapat mencapai objektifnya untuk menyediakan platform yang tepat kepada bakal pembeli yang sedang mencari rumah impian mereka,” ujarnya.
Katanya lagi, lebih daripada 5,000 hartanah pelbagai jenis dengan nilai keseluruhan mencecah RM5 bilion bakal ditawarkan di karnival tersebut.
Karnival ini akan disertai oleh Maybank Berhad dan Bank Simpanan Nasional bagi membantu pembeli mendapatkan maklumat pinjaman.
“Saya berharap lebih banyak institusi kewangan akan menyertai ekspo hartanah seperti ini bagi memudahkan bakal pembeli membuat perbandingan produk-produk pinjaman perumahan yang sesuai dengan kemampuan mereka," kata Ng lagi.
Lebih 40 pemaju akan menyertai karnival kali ini, antaranya ialah Glomac Berhad, IJM Land Berhad, Kota Kelang Development Sdn Bhd dan Bandar Setia Alam Sdn Bhd.
Agensi-agensi kerajaan di bawah Jabatan Perumahan Negara juga akan hadir seperti Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) yang menawarkan ‘Rumah Selangorku’ dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang akan mempromosikan ‘RUMAWIP’.
Karnival yang bakal berlangsung selama 3 hari ini akan dirasmikan oleh Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar, Jumaat ini.
Pelbagai kegiatan dan hadiah menarik menanti para pengunjung seisi keluarga seperti peraduan mewarna untuk kanak-kanak, Giant Board Games, Sand Art, Henna Art dan Food Truck.
Orang ramai turut berpeluang mendapat rebat tunai berjumlah RM50,000.
Selain itu, pakar hartanah dan kewangan seperti Dr Azizul Azli Ahmad, En Ahyat Ishak dan En Aziz Ahmad akan turut hadir untuk memberi tips hartanah menarik kepada orang ramai.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman www.mapex.com.my/kpmm-mapex2017, hubungi talian 03-7880 8000 atau e-mail di [email protected].
Ikuti juga Facebook dan Instagram KPMM-MAPEX untuk maklumat terkini.
Astro Awani
Wed Aug 09 2017

REHDA Malaysia dengan kerjasama KPKT akan menganjurkan Karnival Perumahan Mampu Milik (KPMM) - Ekspo Hartanah dan Perumahan Malaysia (MAPEX) hujung minggu ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor.
AWANI Borneo [24/2/2025] – Di seluruh negara | Air oh air | Kesalinghubungan
AWANI Borneo Isnin, 24 Februari 2025 bersama Jasmine Abu Bakar.
RM22 Bilion Diperuntuk Bagi Rancangan Tebatan Banjir.
Segera bertindak selesaikan krisis air Sandakan.
AirBorneo pemacu transformasi udara serantau.
RM22 Bilion Diperuntuk Bagi Rancangan Tebatan Banjir.
Segera bertindak selesaikan krisis air Sandakan.
AirBorneo pemacu transformasi udara serantau.

Perangi rasuah, hentikan budaya minta komisen - MB Negeri Sembilan
Penjawat awam di Negeri Sembilan diingatkan tidak berkompromi dengan mana-mana salah laku integriti selain perlu menghentikan budaya meminta komisen yang menggunakan alasan tabung kebajikan.
ASEAN 2025 | 24 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Kejayaan ditentukan pada hari pengundian - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengingatkan ahli partinya agar tidak leka dan terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
STARsabah tidak terima gabungan parti luar
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak menerima dan tidak akan bergabung dengan parti dari luar.
Sarawak bangunkan dua fasiliti pascaperubatan ala resort
Bukan sekadar Kalimantan, sektor pelancongan kesihatan di Sarawak kini menyasarkan pelanggan dari Jakarta, Kemboja serta Hong Kong.
AirBorneo pemacu transformasi udara serantau
Sarawak berhasrat menjadikan AirBorneo sebagai pemacu transformasi udara serantau, seiring dengan aspirasi menjadikan wilayah itu sebagai hab penting di Asia Tenggara.
Segera bertindak selesaikan krisis air Sandakan - James
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib telah mengarahkan pihak konsesi, Timatch Group, dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk segera bertindak menangani masalah bekalan air di Sandakan terutamanya di kawasan Karamunting.
Sabah bakal menerima jumlah pelaburan sebanyak RM58.3 bilion
Jumlah keseluruhan pelaburan asing dan domestik yang diluluskan dalam sektor pembuatan di Sabah sejak September 2020 dianggarkan sebanyak RM17.41 bilion daripada 73 syarikat.
BWI kini disalurkan melalui BSN
Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir kini disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi memastikan penyaluran lebih teratur dan telus.

Unit EcoWorld Malaysia jual tanah 56.06 hektar di Iskandar Malaysia pada RM693.96 juta
Pemaju hartanah itu berkata tanah berkenaan terdiri daripada 117 lot tanah kosong hak pegangan bebas dan rizab jalan.

Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate
Tang berkata, pasaran masih belum berada dalam kedudukan yang kukuh dan pemaju tidak dapat menyalurkan kos kepada pembeli rumah.

PM Sepanyol cadang cukai 100 peratus ke atas hartanah dibeli oleh bukan warga EU
Langkah yang dianggap "belum pernah berlaku" itu bertujuan menangani kekurangan perumahan di Sepanyol.

Menteri Singapura akan keluarkan surat tuntutan berhubung 'rencana berunsur fitnah' Bloomberg
Dua menteri Singapura akan mengeluarkan Surat Tuntutan berhubung artikel yang menyentuh urusan hartanah mereka.

LBS terima anugerah Deloitte buat kali ketiga, bukti kepimpinan dan komitmen mampan
LBS Bina Group Berhad, syarikat terkemuka dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah, berjaya merangkul Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik (Malaysia) 2024 oleh Deloitte.

Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.

Saman 1MDB: Riza Shahriz guna AS$248 juta untuk beli hartanah, belanja perjudian
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa wang AS$248 juta telah digunakan untuk kepentingan peribadi Riza Shahriz iaitu bagi membayar pembelian beberapa hartanah dan perbelanjaan berjudi.

Belanjawan 2025: Isu mampu milik jadi tumpuan sektor hartanah
Isu berkaitan mampu milik kekal menjadi tema utama dalam sektor hartanah menjelang Belanjawan 2025 walaupun beberapa cadangan yang dikemukakan bukan suatu perkara baharu, kata CIMB Securities Sdn Bhd

1 juta rakyat New Zealand sukar miliki rumah
Kajian Consumer New Zealand mendapati, 41 peratus bukan pemilik rumah percaya mereka tidak memiliki kemampuan kewangan untuk memiliki rumah.

Kerjaya dalam bidang hartanah kini menjadi pilihan ramai
Ramai perunding baru daripada pelbagai bidang pendidikan yang berbeza memilih kerjaya dalam bidang hartanah sebagai pilihan utama masa kini.