Kerajaan menawarkan tempat kepada hanya 418 pelajar yang benar-benar layak untuk mengikuti jurusan perubatan (Ijazah Pertama) ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambilan tahun ini.
Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata tawaran tempat yang terhad itu adalah bagi mengawal jumlah siswazah perubatan baharu dan mengelakkan berlakunya kebanjiran doktor baharu di pasaran kerja.
"Sebanyak 1,163 pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 telah memohon untuk jurusan perubatan tetapi hanya 418 tempat sahaja ditawarkan dan pengambilan pelajar juga bergantung pada sesi temuduga.
"Kita mengambil keputusan ini setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata baki pelajar yang tidak dapat tempat dalam bidang perubatan telah ditawarkan kursus lain yang masih relevan dan berkaitan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan mengenai pelajar-pelajar yang mempunyai keputusan 4.0 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi tetapi gagal mendapat tawaran jurusan perubatan di IPTA.
Kamalanathan bagaimanapun menyeru semua pelajar yang tidak mendapat tempat di IPTA supaya membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan melalui laman sesawang rasmi kemasukan di upu.moe.gov.my sebelum 23 Ogos ini.
Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu.
"Sejumlah 37,467 telah mendapat tawaran di IPTA, mungkin ada pelajar yang tidak selesa dengan kursus mereka. Saya syorkan mereka terima kursus berkenaan dan daftar dulu. Kemudian tulis surat rayuan terus kepada universiti berkenaan," kata beliau.
Katanya, kementerian pendidikan juga memastikan semua pelajar yang mempunyai PNGK 4.00 mendapat tawaran di IPTA bagi sesi Akademik 2014/2015.
Kamalanathan berkata dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA adalah berdasarkan prinsip meritokrasi termasuk 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan negeri.
Beliau berkata terdapat banyak bidang lain termasuk bidang perundangan, kejuruteraan dan komunikasi yang masih boleh diceburi oleh pelajar serta kesemua bidang ini mampu memberi masa depan yang cerah.
Pelajar yang mendapat tempat di IPTA harus bersyukur kerana terdapat 29,821 calon yang layak tidak mendapat sebarang tawaran, katanya.
Seramai 37,467 daripada 74,071 iaitu 55.6 peratus calon telah berjaya mendapat tawaran di 20 IPTA bagi sesi akademik 2014/2015.
Daripada jumlah itu, seramai 21,800 calon (58.2 peratus) adalah daripada aliran Sains manakala 15,667 (41.8 peratus) daripada Sastera.
Mengikut jantina pula, sebanyak 26,030 atau 69.6 peratus adalah pelajar wanita manakala 11,437 atau 30.5 peratus adalah lelaki.
Bernama
Mon Aug 18 2014

KAMALANATHAN: Kita mengambil keputusan ini setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) - Foto Astro AWANI

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.

Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan
Bertemakan 'Kaedah Yang Lebih Baik', lebih 350 pengamal perubatan dan peserta tempatan dan antarabangsa terlibat dalam persidangan itu kali ini.

Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif
Pengambilan itu memberi suntikan moral kepada petugas barisan hadapan itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mendapatkan masa depan lebih cerah dalam bidang perubatan di negara ini.

Hartal Doktor Kontrak: Beri perhatian, selesaikan tuntutan mereka - Anwar
Anwar mendesak kerajaan menyelesaikan isu Hartal Doktor Kontrak yang menyaksikan pegawai perubatan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di seluruh negara hari ini.

WHO lancar piagam tingkat kadar keselamatan pekerja kesihatan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan sebuah piagam menggesa negara-negara meningkatkan langkah keselamatan melindungi pekerja sektor kesihatan.

Balu kepada doktor temui COVID-19 terima 'hadiah terakhir' dari suami
Balu kepada seorang doktor yang pernah memberi amaran tentang penularan wabak virus pembunuh COVID-19, Dr. Li Wenliang, selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Noor Hisham minta petugas terus tabah, jaga keselamatan diri
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru petugas kesihatan agar terus tabah dan sentiasa menjaga keselamatan diri kerana mereka perlu terus memikul tanggungjawab penting dalam memerangi pandemik COVID19

COVID-19: Dalam menempuh cabaran ini, setiap daripada kita ialah wira!
Setiap profesion malah setiap orang dari pelbagai lapisan usia dan latar kerjaya memainkan peranan berdasarkan skop tugas masing-masing dalam tempoh ujian ini.

MyFundAction sumbang 1,242 smile pack kepada petugas barisan hadapan
Petugas barisan hadapan terutamanya doktor dan jururawat sudah tentu berdepan detik sukar dalam membantu pesakit dijangkiti Covid-19 di seluruh negara.

WHO puji kesiapsiagaan Malaysia tangani COVID-19 - Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan WHO memuji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.

Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis