KAJIAN impak perniagaan COVID-19 oleh EY, yang dijalankan pada 27 April hingga 19 Mei, mendapati bahawa perniagaan telah mempercepatkan penggunaan teknologi sebagai respons kepada sekatan semasa COVID-19.
Sejumlah 37 peratus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta 32 peratus syarikat besar dan tersenarai telah mengambil langkah untuk mengembangkan atau menaik taraf keupayaan teknologi mereka, kata EY berdasarkan kajian dalam talian yang meliputi hampir 700 firma besar termasuk PKS.
"Hampir 30 peratus syarikat juga telah melabur dalam perisian dan perkakasan 'Kerja Dari Rumah' bagi membolehkan pekerja mereka terus menyumbangkan produktiviti," kata EY dalam satu kenyataan pada Isnin.
Rakan Kongsi Pengurusan EY Malaysia, Datuk Abdul Rauf Rashid berkata COVID-19 menjadi penentu dalam mendorong perniagaan melaksanakan transformasi digital.
"Sebelum ini, banyak inisiatif dan program yang memujuk syarikat untuk beralih ke arah pendigitalan mendapat sambutan dingin terutama daripada PKS, COVID-19 telah memaksa mereka berubah," katanya.
Menurut EY, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mendedahkan bahawa perniagaan di Malaysia tidak mempunyai persediaan yang mencukupi untuk beralih kepada persekitaran kerja yang lebih didayakan digital.
"Semasa PKP, kebanyakan syarikat (83 peratus syarikat besar dan tersenarai; 84 peratus PKS) mengalami masalah dengan sambungan dalam talian termasuk komunikasi dengan pembekal dan pelanggan mereka, di samping isu dengan infrastruktur," katanya.
Syarikat-syarikat ini perlu meningkatkan lagi transformasi digital mereka dan mengguna pakai proses serta sistem teknologi dalam persediaan untuk persekitaran yang lebih digital dalam normal baharu ini.
Ketua Perundingan Perkhidmatan Kewangan Malaysia EY Advisory Services Sdn Bhd, Shankar Kanabiran berkata bagi menyokong permintaan serta membolehkan transformasi digital, perlu ada peningkatan yang ketara ke atas infrastruktur digital dan komunikasi negara, khususnya dalam sambungan talian dan kelajuan jalur lebar.
Katanya, kira-kira 40 peratus responden telah mengenal pasti sambungan dalam talian yang lebih baik dan lebih murah sebagai cabaran yang perlu ditangani.
Menurut EY, hampir separuh daripada syarikat besar dan 40 peratus PKS mengatakan mereka memerlukan bantuan kerajaan secara langsung pada masa hadapan untuk memulihkan kekuatan kewangan dan kecairan dalam penyediaan pemulihan ekonomi.
"Bantuan kewangan, geran teknologi, insentif, pengecualian cukai, pengurangan pematuhan cukai, kadar faedah yang lebih rendah serta perlanjutan moratorium ke atas pembayaran balik pokok adalah antara beberapa langkah yang diperlukan perniagaan. Mereka juga meminta fleksibiliti yang lebih besar daripada pihak bank sebagai bantuan untuk perniagaan yang telah terjejas oleh krisis kali ini," kata Kanabiran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 01 2020

Kira-kira 40 peratus responden telah mengenal pasti sambungan dalam talian yang lebih baik dan lebih murah sebagai cabaran yang perlu ditangani. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

COVID-19: Syarikat mula sedar kepentingan transformasi digital
Kajian daripada Ernst & Young mendapati pandemik COVID-19 yang melanda negara menyebabkan banyak syarikat mula menyedari kepentingan transformasi digital dalam perusahaan mereka.

Teknologi dan pendigitalan bantu syarikat tangani normal baharu
Kajian impak perniagaan COVID-19 oleh EY mendapati bahawa perniagaan telah mempercepatkan penggunaan teknologi sebagai respons.