Tempoh penahanan maksimum 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan terus dikuatkuasakan bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai 2017.
Perkara itu diluluskan persidangan Dewan Rakyat malam tadi selepas usul semakan pelaksanaan subseksyen 4(5) di bawah Akta berkenaan dikemukakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed lewat malam ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan usul itu diluluskan melalui undian belah bahagian yang menyaksikan 93 anggota Parlimen menyokong pindaan Akta itu berbanding 77 menentang.
Nur Jazlan ketika penggulungannya berkata cadangan pelanjutan tempoh penahanan 28 hari di bawah subseksyen 4(5) Akta tersebut merupakan kali pertama dibuat sejak Akta itu dikuat kuasa pada 31 Julai 2012.
Katanya subseksyen 4(5) dihadkan kepada lima tahun sahaja bagi mengelakkan persepsi bahawa ia akan disalah guna pihak polis, di samping bertujuan mewujudkan elemen semak dan imbang dalam penguatkuasaannya.
Menurutnya, pelanjutan tempoh penahanan maksimum 28 hari itu masih diperlukan bagi memberi kekuatan kepada Akta berkenaan yang memerlukan siasatan dibuat dengan teliti terutamanya dalam mendapatkan keterangan dan mengesan penjenayah yang masih bebas.
"Tempoh tersebut juga akan membantu pihak polis menjalankan siasatan dan melancarkan proses pendakwaan di mahkamah, walaupun secara realitinya pihak polis mempunyai 28 hari untuk melakukan penyiasatan, namun secara tersiratnya pihak polis hanya mempunyai tempoh 21 hari sahaja untuk membuat penyiasatan.
"Hal ini berikutan baki tujuh hari tersebut pihak polis perlu menyerahkan kertas siasatan yang telah lengkap kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut," katanya.
Beliau berkata sekiranya tempoh penahanan maksimum itu tidak dilanjutkan, kualiti siasatan pihak polis dikhuatiri akan terjejas kerana penyiasatan tersebut dikhuatiri dibuat secara tergesa-gesa iaitu selama 24 jam sahaja di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.
"Dengan kemajuan teknologi komunikasi dan multimedia pada masa ini, pesalah yang dilepaskan akan mengambil tindakan untuk bersembunyi atau melarikan diri ke luar negara," katanya.
Subseksyen 4(5) SOSMA memperuntukkan kuasa kepada polis untuk menahan seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan untuk siasatan selama tempoh tidak lebih 28 hari.
Manakala subseksyen 4 (11) SOSMA pula menyebut subseksyen 4(5) hendaklah disemak tiap-tiap lima tahun dan hendaklah terhenti berkuat kuasa apabila diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) untuk tidak melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan itu.
Selain itu, Nur Jazlan turut memaklumkan sesi mesyuarat bahawa SOSMA berjaya mengambil tindakan pendakwaan terhadap lebih daripada 50 peratus tahanan sejak lima tahun lepas.
"Sehingga kini, seramai 989 orang ditahan di bawah SOSMA bagi tempoh 31 Julai 2012 hingga 22 Feb lepas. Sebanyak 363 telah dibebaskan dan 139 dalam proses perbicaraan manakala 502 orang telah dijatuh hukum," katanya.
Justeru, dakwaan SOSMA gagal mengekang keganasan adalah tidak benar sama sekali, tegasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2017

Nur Jazlan ketika penggulungannya berkata cadangan pelanjutan tempoh penahanan 28 hari di bawah subseksyen 4(5) Akta tersebut merupakan kali pertama dibuat sejak Akta itu dikuat kuasa pada 31 Julai 2012. - Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Maria Chin berhubung penahanan mengikut SOSMA
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Hakim Besar Malaya yang baharu Tan Sri Ahmad Maarop, sebulat suara menolak rayuannya.

Tempoh 28 hari tahanan SOSMA terus dikuat kuasa 5 tahun lagi - Nur Jazlan
Tempoh penahanan maksimum 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan terus dikuatkuasakan bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai 2017.

Pengerusi Bersih Maria Chin dibebaskan dari tahanan SOSMA
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin dilaporkan telah dibebaskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mahkamah putuskan tuduhan terhadap Khairuddin dan Matthias tidak tertakluk di bawah SOSMA
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan pertuduhan terhadap bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang adalah tidak tertakluk di bawah SOSMA.

SOSMA: Ketua UMNO Penampang dakwa Muhyiddin dan Shafie berdolak dalik
John Ambrose dipetik berkata Muhyiddin dan Shafie mungkin terlupa kedua-dua mereka mengundi untuk menyokong SOSMA yang digubal di Parlimen.

Khairuddin ditahan di bawah SOSMA
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan sekali lagi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.