Tempoh bekerja dari rumah bagi penjawat awam dilanjutkan sehingga 14 April depan selaras pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, Surat Edaran JPA bertarikh 17 Mac 2020 mengenai Arahan Bekerja Dari Rumah Berikutan PKP dan Penutupan Premis Kerajaan berserta soalan lazimnya adalah terpakai bagi tempoh lanjutan PKP itu.
"Selari dengan itu, sebahagian penjawat awam telah diarahkan supaya bekerja dari rumah berikutan arahan penutupan premis kerajaan. Manakala, sebahagian lagi diarahkan bertugas seperti biasa mengikut keperluan semasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Antara sektor perkhidmatan awam yang terlibat dalam perkhidmatan penting adalah sektor kesihatan, keselamatan, makanan, logistik dan utiliti, katanya.
"Mereka kini bersama berganding bahu, berkhidmat sepenuh jiwa dan raga untuk mengawal serta membanteras penularan wabak COVID-19 dan dalam masa yang sama turut memastikan keperluan asas rakyat tidak terjejas," katanya.
Mohd Khairul Adib berkata sepertimana ikrar dan sumpah setia sebagai penjawat awam, para pegawai sentiasa dilatih dan dididik untuk mengutamakan negara, jauh melebihi kepentingan diri.
"Kita dilantik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat. Cabaran yang dihadapi ketika ini, jelas menggambarkan khidmat bakti yang ditumpahkan semata-mata untuk negara dan rakyat.
"Tidak kira apa pun yang berlaku, walaupun terpaksa berjauhan daripada keluarga dan berhadapan dengan ancaman wabak, namun demi tugas tetap dipastikan ia dilaksana dengan bersungguh-sungguh," katanya.
Mohd Khairul Adib menyeru agar penjawat awam menjadi contoh yang baik buat masyarakat dengan mematuhi arahan PKP yang sedang dilaksanakan pada ketika ini selain turut memainkan peranan yang berkesan kepada ahli keluarga dan anggota masyarakat dengan menasihatkan mereka supaya mematuhi arahan duduk di rumah.
Beliau turut mengingatkan agar penjawat awam tidak terlibat dalam menyebarkan berita-berita yang tidak sahih dan boleh menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat.
"Sebagai penjawat awam kita wajar menyampaikan maklumat yang betul dari sumber-sumber yang sahih dan tepat. Pada masa ini, setiap kementerian telah mewujudkan talian hotline bagi memudahkan rakyat mendapat maklumat secara terus daripada kementerian masing-masing," katanya.
Muhyiddin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini mengumumkan tempoh PKP dilanjutkan sehingga 14 April 2020 dan pelanjutan tempoh itu diumumkan lebih awal supaya rakyat akan lebih bersedia. -BERNAMA
Bernama
Wed Mar 25 2020

Tempoh bekerja dari rumah bagi penjawat awam dilanjutkan. Gambar hiasan/ Reuters.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Kadar sewa pejabat Lembah Klang, tahap penghunian dijangka menurun tahun ini
Sentral REIT yang sebelum ini dikenali sebagai MRCB-Quill REIT, berkata ia optimis pemulihan ekonomi tahun ini akan memberi kesan positif kepada pasaran ruang pejabat.

Syarikat, premis tidak patuh arahan kerja dari rumah boleh dikompaun
Syarikat atau premis itu akan diarah tutup serta merta selama tujuh hari dan dikompaun maksimum RM50,000.

Perkhidmatan awam laksana kaedah BDR sepenuhnya - KSN
Mohd Zuki berkata arahan itu tidak termasuk perkhidmatan barisan hadapan, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.

KSN gariskan empat pendekatan BDR bagi pejabat kerajaan
Pengoperasian bagi pejabat kerajaan akan dilaksanakan secara hibrid melalui keberadaan di pejabat dan Bekerja Dari Rumah (BDR) menggunakan empat pendekatan.

PKPD: MKN ambil alih kawalan UTM hingga 3 Jun
Segala keperluan asas dan kebajikan seluruh warga kampus UTM Johor Bahru akan diuruskan oleh MKN termasuk agihan makanan dan keperluan khususnya kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PKPB: Arahan WFH bertujuan kurangkan pergerakan, interaksi orang ramai - Ismail Sabri
Menerusi arahan Bekerja Dari Rumah, Ismail Sabri berkata, ia berkemungkinan dapat membantu menjayakan usaha memutuskan pandemik COVID-19.

WFH: Cuepacs gesa jabatan patuhi arahan kehadiran bertugas
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa semua ketua jabatan untuk mematuhi arahan kehadiran bertugas pada tahap maksimum 30 peratus.

Maksimum 30 peratus pekerja sektor awam dibenar masuk pejabat
Bermula 22 Oktober 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, maksimum 30 peratus pekerja sektor awam sahaja dibenarkan berada di pejabat.

Kerajaan pertimbang teruskan pelaksanaan kerja dari rumah bagi penjawat awam
Mohd Zuki berkata, ia memerlukan kajian lebih terperinci bagi memastikan ia dapat menepati hasrat pelaksanaannya.