Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Sabtu malam menitahkan pihak berkaitan dapat mengambus semula lokasi lombong bauksit yang terbiar di negeri ini.
Baginda bertitah langkah itu perlu dilaksanakan terutamanya di kawasan berdekatan penempatan penduduk bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti tiga kanak-kanak mati lemas di kawasan lombong bauksit pada Sabtu petang berulang kembali.
"Kita harap pihak pentadbiran dapat lihat tentang lokasi-lokasi lombong yang tidak digunakan, harus dikambus untuk keselamatan khususnya di kawasan perkampungan.
"Kalau boleh letakkan papan tanda tidak dibenarkan bermain di kawasan (bekas) perlombongan bauksit ini," titah baginda ketika ditemui pemberita selepas mencemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tengku Abdullah bertitah baginda sendiri akan mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian itu dan kawasan yang berkenaan.
Sementara itu, baginda turut melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan berharap mereka sabar serta reda dengan kejadian berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, dua beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan adiknya Mahathir Mohamad, 7, serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, mati lemas ketika bermain di kawasan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2017
![Tengku Abdullah titah kawasan lombong bauksit terbiar dikambus Tengku Abdullah titah kawasan lombong bauksit terbiar dikambus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81484291686_tengkuabdullah.jpg)
TENGKU ABDULLAH: Harus dikambus untuk keselamatan khususnya di kawasan perkampungan.
![Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739239047_Steam.jpg)
Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan
Pembangun tidak dibenarkan meletakkan iklan dalam permainan semata-mata untuk menjana pendapatan.
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
![Pemilik tanah bertanggungjawab kambus lombong bauksit Pemilik tanah bertanggungjawab kambus lombong bauksit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51486311211_LombongBauksit.jpg)
Pemilik tanah bertanggungjawab kambus lombong bauksit
Tanggungjawab untuk mengambus semula lokasi lombong bauksit terbiar perlu digalas oleh pemilik tanah dan bukannya terletak di bahu kerajaan negeri.
![Benarkan pihak berkuasa timbus kolam bauksit, elak jadi perangkap maut Benarkan pihak berkuasa timbus kolam bauksit, elak jadi perangkap maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51486311211_LombongBauksit.jpg)
Benarkan pihak berkuasa timbus kolam bauksit, elak jadi perangkap maut
Pemilik tanah persendirian di Pahang digesa membenarkan pihak berkuasa menimbus kolam bekas lombong bauksit di kawasan tanah mereka bagi mengelak tragedi lemas.
![Tengku Abdullah titah kawasan lombong bauksit terbiar dikambus Tengku Abdullah titah kawasan lombong bauksit terbiar dikambus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81484291686_tengkuabdullah.jpg)
Tengku Abdullah titah kawasan lombong bauksit terbiar dikambus
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Sabtu malam menitahkan pihak berkaitan dapat mengambus semula lokasi lombong bauksit yang terbiar di Pahang.