Polis Johor meminta agar masyarakat tidak mengagungkan budaya ‘mat rempit’ sehingga menyalahkan polis yang bertugas membanteras kegiatan lumba haram di negeri itu.
Sebaliknya, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, orang awam perlu menghargai pengorbanan pegawai mahupun anggota yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ketidakpuasan segelintir netizen terhadap polis Johor ketika mengiringi ‘mat rempit’ yang ditahan sambil memasang takbir raya pada pembesar suara kepada mereka.
“Bagi saya, masyarakat perlu faham, sepatutnya masyarakat mengkritik aksi ‘mat rempit’ pada malam raya. Patutnya malam raya mereka duduk rumah dengar takbir raya bukan merempit.
“Jadi kita harap masyarakat jangan memberi komen 'positif' atau sokong tindakan ‘mat rempit’, polis pula disalahkan. Terbalik jadinya,” katanya.
Video yang viral pada Ahad berdurasi seminit setengah itu memaparkan beberapa ‘mat rempit’ menyorong motosikal selepas mereka ditahan.
Katanya lagi, polis akan meneruskan operasi membanteras kegiatan lumba haram yang semakin menjadi-jadi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ernalisa Othman
Mon May 25 2020
Orang awam perlu menghargai pengorbanan pegawai mahupun anggota yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain. - Gambar BERNAMA
Konflik Asia Barat: Rakyat Syria kembali ke kampung, kebumikan ahli keluarga
Pernah menjadi kubu kuat pembangkang semasa era presiden Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad, penduduk Jobar berkata ia adalah kawasan larangan bagi mereka sejak 2018.
Suara Rakyat: Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga
Rakyat Johor memanfaatkan cuti hujung minggu baharu pada Sabtu dan Ahad dengan meluangkan masa beriadah dan mengunjungi tempat menarik bersama keluarga.
Rumah terbakar ketika peperiksaan, dua beradik tempuhi cabaran
Dua beradik dari Taman Seri Jaya di Perling, Johor Bahru terpaksa menempuhi cabaran apabila kediaman keluarga mereka hangus terbakar pada malam Jumaat lalu, sekaligus memusnahkan segala barangan keperluan mereka untuk menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada Isnin dan Selasa ini.
Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.
Ahli UMNO tanggung risiko sendiri jika sertai - Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya pada Isnin ini.
Lelaki menyamar polis untuk samun warga asing ditahan
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan menyamun keluarga warga asing di sebuah kawasan perumahan di Meru, Klang pada Sabtu.
Lelaki ditahan bersama lebih 3kg syabu di Batu Pahat
Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 3,080 gram (g) dadah jenis syabu bernilai RM96,000 di sebuah rumah di Jalan Simpang Lima, di Batu Pahat pada Khamis lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga lelaki ditahan curi kabel di Gerik
Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) bernilai RM3,000 di Jalan Kuala Rui, Gerik, di sini hari ini.
Banjir: Lebih 4,000 anggota polis sedia hadapi kemungkinan banjir di Johor
Jumlah itu melibatkan 415 pegawai dan 3,894 anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah seluruh negeri.
Sindiket judi dalam talian kaut RM10,000 sehari tumpas
Satu sindiket pusat perjudian dalam talian yang beroperasi 24 jam tumpas dengan penahanan lima lelaki warga Indonesia.
Ranjau Ayob Khan: Menegak integriti dalam pahit persepsi
Sekian lama memimpin pasukan anti-terorisme di ibu pejabat pusat, Datuk Ayob Khan diberi tugas baharu untuk mengemudi kontinjen Johor. Apa ekspektasi dan perancangannya?
Pegawai polis IPD Iskandar Puteri positif COVID-19, 111 kontak dikuarantin
Susulan itu, seramai 111 kontak rapat pegawai terbabit diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula 30 November lalu.
Polis tahan tiga anggota trafik disyaki terlibat pemerasan
Tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam ditahan selepas disyaki terlibat pemerasan.
Police hunt man for smuggling drugs into Singapore using drone
Police are tracking down a Singaporean man known as Boy Setan who is the prime suspect for smuggling drugs into the republic using a drone.
Terbalik jadinya, agungkan 'mat rempit', salahkan polis pula - Ayob Khan
Polis Johor meminta agar masyarakat tidak mengagungkan mat rempit sehingga menyalahkan polis yang bertugas membanteras kegiatan lumba haram di negeri itu.
Jangan buang masa mohon rentas negeri untuk balik Raya - Polis Johor
Polis Johor mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang masa memohon perjalanan rentas negeri untuk pulang berhari raya.
Kegiatan militan Daish kini beralih ke selatan Filipina
Kegiatan merekrut anggota baharu kumpulan pengganas Daish kini didapati beralih ke selatan Filipina berikutan kawalan ketat pihak berkuasa pelbagai negara terhadap sebarang pergerakan ke Syria.
Tiga rakyat Malaysia sertai Daish terbunuh di Syria
Bekas pemimpin Mujahiddin Malaysia, Zainuri Kamarudin, 50, yang menyertai kumpulan militan Daish di Syria, adalah antara tiga rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di Syria.