Majlis Perundingan Integriti Negeri Terengganu (MPINT) dilancarkan hari ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri mewujudkan perkhidmatan awam yang telus dan bebas daripada unsur rasuah.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata sebagai permulaan, golongan sasar MPINT ialah wakil rakyat, pegawai kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemimpin setempat.
"MPINT akan memberi penerangan terperinci mengenai tindakan yang boleh dikaitkan dengan kesalahan rasuah. Kami tidak mahu disebabkan sedikit kesilapan atau salah faham, ia mencalarkan imej perkhidmatan awam negeri ini.
"Ini juga akan melibatkan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuktikan komitmen tinggi kerajaan negeri untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada rakyat," katanya ketika melancarkan majlis perundingan itu di sini.
MPINT dianggotai wakil 16 agensi kerajaan, institusi agama dan persatuan belia.
Ahmad Razif berkata pelancaran MPINT juga disifatkan sebagai tepat pada masanya dan selari dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diperkenalkan kerajaan negeri pada tahun lalu.
Beliau berkata majlis perundingan itu juga berfungsi untuk menasihati kerajaan negeri dalam pelaksanaan integriti dengan tumpuan utama diberikan kepada sektor awam, swasta dan pertubuhan politik.
"MPINT dapat memastikan pembangunan di negeri ini meliputi ekonomi, sosial, budaya dan politik bertunjangkan integriti," katanya.
Beliau yakin matlamat MPINT dapat direalisasikan dengan sokongan daripada SPRM, Institut Integriti Malaysia (IIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), tokoh-tokoh akademik dan pemimpin setempat.
Bernama
Sun Mar 22 2015

Terengganu lancar Majlis Perundingan Integriti Negeri - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah
Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pintu masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Tragedi solat Jumaat: Keluarga Rahimi berlepas ke Christchurch
Rosdi berkata dia mahu melihat sendiri keadaan Rahimi dan berharap kehadiran mereka dapat memberi semangat kepadanya.

Jadi pengundi bijak, jangan sampai era kegelapan Terengganu berulang - Najib
Rakyat Terengganu perlu menjadi pengundi yang bijak bersandarkan fakta.

Senarai calon BN negeri Terengganu
Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.

Bayar 80 sen, bawa pulang kambing berharga RM800
Idea kreatif itu adalah inisiatif Pengusaha Kendera Saji NARIN, Kamaruddin Mohamad, bagi menghargai pelanggan yang berbelanja di kendera sajinya sepanjang seminggu ekspo itu berlangsung.

Amphicoach bakal beroperasi tidak lama lagi - MB Terengganu
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Laut Malaysia sedang membuat penelitian sebelum beroperasi sepenuhnya.

BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.

'Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu dipolitikkan'
Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu lagi dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang hanya mahu menjadi juara di mata rakyat.

Keputusan telaga minyak Bertam milik Terengganu atau Pahang diketahui Januari
Pertikaian antara Terengganu dan Pahang mengenai telaga minyak Bertam hanya akan terjawab Januari ini