Antara hashtag yang mendapat perhatian di laman sosial pagi ini adalah #TerimaKasihIndonesia.

Biarpun bunyinya kedengaran positif, namun ia sebenarnya satu ungkapan yang menggambarkan kekecewaan rakyat Malaysia apabila sekali lagi terpaksa berhadapan dengan situasi jerebu yang teruk.

Kebanyakannya kesal kerana situasi sebegini berlaku setiap tahun dan ia bukan sahaja membawa masalah kesihatan malah turut merencatkan aktiviti harian penduduk di negara ini.








Ada juga yang meminta agar kerajaan Malaysia bekerjasama dengan Indonesia untuk melaksanakan pelan tindakan yang lebih agresif dalam menangani masalah ini.





Faktanya, pembakaran hutan untuk aktiviti pertanian berlaku setiap tahun di Indonesia dan ia dikatakan menjadi punca jerebu di negara-negara Asia Tenggara, khususnya di Malaysia dan Singapura.